Dimensity 8100 dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Mac hadapan. Sebagai cipset yang berada dibawah Dimensity 9000, ia mungkin penganti kepada Dimensity 1100 dengan menggunakan teknologi 5nm.
Dalam pada itu, kita juga mendengar laporan mengenai Dimensity 8000. Daripada perkongsian Digital Chat Station, prestasi Dimensity 8000 pada Antutu mencapai skor sekitar 820,000. Ini menjadikan telefon yang dikuasakan Snapdragon 888 jatuh dari 880,000 kepada 750,000. Namun skor tersebut masih lagi bergantung kepada RAM, storan dan beberapa faktor lain.
Dengan menggunakan teknologi 5nm, 4 teras Cortex-A78 (2.75GHz) dan 4 A55 dan GPU baharu Mali-G510, ia boleh menjadi pesaing kepada Snapdragon 888. Walaupun tidak GPU Mali-G510 kali ini tidak mengunakan seni bina baharu, ia didakwa 2 kali lebih pantas dan 22% lebih jimat tenaga daripada rekaan lama.
Skor GPU Mali-G510 adalah 315,000 dan ia agak memberansangkan. Sebagai perbandingan, skor Adreno 660 pada Snapdragon 888 dan 888+ dalam lingkungan 325,000 hingga 300,000.
Tetapi dikatakan Dimensity 8000 ini menyasarkan Snapdragon 870 dan membiarkan Snapdragon 888 menjadi pesaing Dimensity 8100 serta meninggalkan Snapdragon 8 Gen 1 ditangan Dimensity 9000. Jika dilihat dari segi skor sahaja kita sudah mendapat gambaran mana yang lebih berkuasa. Namun prestasi peranti nanti ia mungkin akan berbeza.
Sumber: GSMArena
Baca juga: