Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing x android x snapdragon

Carl Pei Mengacah Telefon Nothing Yang Dikuasakan Snapdragon

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Faiz Munir

Carl Pei, pemilik syarikat Nothing yang telah melancarkan TWS mereka iaitu Nothing Ear 1 pada bulan Oktober lepas di pasaran Malaysia. Hadir dengan 2 warna iaitu putih dan hitam menjadikan ia sebuah TWS yang mampu memberi pengalaman guna yang menarik serta harga yang berbaloi.

Kini, Carl Pei seperti sedang mengacah untuk mengasilkan sebuah telefon pintar pula. Ini bukan sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini, beliau merupakan pengasas OnePlus dan memegang syarikat tersebut selama 7 tahun.

Carl Pei berkongsi di laman Twitter dengan menciapkan “Back to Android”. Daripada ciapan tersebut, dilihat akaun Android dan juga Snapdragon membalas ciapannya seperti mengacah yang 3 syarikat ini bakal bekerjasama untuk sebuah telefon pintar.

pic.twitter.com/tBeFVTnNgq

— Snapdragon (@Snapdragon) February 16, 2022

Sebelum itu juga, Carl Pei ada menanyakan soalan berkenaan sistem operasi Android mana yang manjadi pilihan orang ramai dan mengapa. Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Nothing bakal menghasilkan sebuah telefon pintar.

https://twitter.com/iamdamienwilde/status/1492201046965424132

Buat masa ini, tiada khabar berita lain berkenaan dengan telefon Nothing. Daripada ciapan ini juga, masih terlalu awal untuk memberikan spekulasi. Apa-apa pun, agak menarik untuk melihat Nothing menghasilkan telefon pintar dengan menerapkan pengalaman Carl Pei ketika bersama OnePlus dahulu.

Sumber: Carl Pei

Baca juga:

  • Nothing ear(1) Black Edition Tiba Di Malaysia Esok, Harga Tetap Sama RM499
  • Sony LinkBuds Dilancarkan, Rekaan Pelik Dan Unik
  • Lepas 2 Tahun, Cyberpunk 2077 Untuk PS5 Dan Xbox Series S/X Rasmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY