Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi K50 siri

Siri Redmi K50 Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 895

Diterbitkan Julai 26, 2021 ยท Dikemas kini Julai 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri Redmi sentiasa dekat dengan pengguna. Tahun ini juga, siri Redmi K40 bukan sahaja mempunyai permintaan yang tinggi di China, peranti yang dijenamakan kepada POCO turut mendapat perhatian ramai orang.

Beberapa bulan lalu, pengurus Redmi – Lu Weibing telah memberi gambaran akan kehadiran siri Redmi K50 tidak lama lagi. Kini, terdapat laporan mengenai spesifikasi yang mungkin digunakan peranti tersebut.

Bald panda redmi k50

Menurut Bald Panda, Redmi akan datang tampil dengan tiga model – Redmi K50, Redmi K50 Pro dan Redmi K50 Pro+. Sementara, ia turut dijangka dilengkapi cip Snapdragon 895 dan sokongan pengecasan pantas 67W.

DCS Redmi k50

Selain itu, Digital Chat Station juga mendakwa paparan untuk kesemua Redmi K50 menggunakan skrin E5 daripada Samsung dengan kadar penyegaran 120Hz.

Jika benar, mungkin siri Redmi K50 akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2021.

Sumber: Bald Panda, DCS

Foto utama: EAT

Baca juga artikel berkaitan:

  • Corning Umum Gorilla Glass DX/DX+, Pelindung Lensa Kamera Telefon Pintar
  • Tablet Xiaomi Menerima Pengesahan SIRIM, Akan Dilancar Tak Lama Lagi
  • Senarai Peranti Xiaomi Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 12 Dan MIUI 13

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY