Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 860

Snapdragon 860 Adalah Cip Snapdragon 855 Yang Dinaik Taraf

Diterbitkan Mac 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, Snapdragon 888 adalah cip pemprosesan terpantas dari Qualcomm. Kemudian, mereka juga memperkenalkan cip andalan mampu milik menerusi Snapdragon 870.

Terbaru, sekali lagi Qualcomm melancarkan cip siri 800 ini dengan memperkenalkan Snapdragon 860 yang mana ia adalah naik taraf dari Snapdragon 855.

Mungkin anda sudah boleh agak bagaimana prestasinya memandangkan ia adalah cip yang dikemaskini dari Snapdragon 855.

POCO X3 Pro_5

Snapdragon 860 menggunakan 8-teras Kryo 485 dengan teras utama pada kelajuan 2.96GHz yang dibina berasaskan 7nm. Turut hadir GPU sama, Adreno 640.

Tambahan lagi, cip baharu ini juga menyokong sehingga 16GB RAM termasuk beberapa ciri kamera baharu seperti mod malam ultra-lebar, swafoto malam dan dwi-video.

Menerusi pengenalan ini, POCO X3 Pro yang baru dilancarkan malam tadi adalah yang pertama menggunakannya.

Mungkin kita dapat lihat lebih banyak telefon yang hadir dengan Snapdragon 860 dan pasti harga jualan turut adalah pada mampu milik buat pengguna.

Sumber: xda

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY