Sejak Snapdragon 8 Gen 1 membuat kemunculan, terdapat beberapa kritikan yang telah diutarakan terhadapnya. Kritikan tersebut menyentuh kepada kemampuan cip itu sendiri untuk mengekalkan prestasinya, kecekapan yang kurang dalam melakukan tugasan dan masalah termal yang kerap muncul.
Numbers on the SM8475 (Snapdragon 8 Gen 1+) are quite good. Expecting an overall 10% jump compared to 8 Gen 1. Thermals are good, chip is stable and battery life is slightly better compared to the out going model on test machines.
Looking at an early June commercial release…— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) April 25, 2022
Walau bagaimanapun, berdasarkan Yogesh Brar, Snapdragon 8 Gen 1 Plus telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding abangnya. Snapdragon 8 Gen 1 Plus dijangkakan membuat kemunculan awal pada bulan Jun ini.
Snapdragon 8 Gen 1 Plus dengan kod SM8475 menunjukkan penambahan prestasi sekitar 10% daripada 8 Gen 1. Tambahan lagi, 8 Gen 1 Plus juga menunjukkan prestasi termal yang baik dan kecekapan bateri yang mampan.
Berdasarkan jangkaan kemuculan chipset ini, berkemungkinan besar bahawa Xiaomi Mi 12 Ultra merupakan peranti pertama yang akan dilancarkan dengan Snapdragon 8 Gen 1 Plus.
Sumber: NoteBook Check
Baca juga: