Tambahan lagi, perkara-perkara tersebut berkemungkinan besar akan diumumkan Apple dalam bulan September nanti semasa pelancaran siri iPhone 14. Berdasarkan pencarian saya, terdapat beberapa faktor yang membuatkan Apple mungkin akan mengambil keputusan tersebut.
Siri iPhone 11 Akan Ditamatkan
Sejujurnya, siri iPhone 11 sudah lanjut usia bagi peranti iPhone daripada Apple dan ia bersaing secara langsung dengan siri iPhone SE, dan Apple tidak berminat akan perkara tersebut.

Sekiranya Apple tidak menamatkan pembuatan siri iPhone 11, berkemungkinan besar komuniti Apple akan memilih untuk membeli produk tersebut berbanding iPhone yang baru. Dek kerana harganya yang sudah turun dan cip yang dipakainya masih memberi prestasi yang cemerlang untuk tahun-tahun mendatang..
Penurunan Harga Siri iPhone 12
Jika kita melihat keputusan yang Apple telah ambil dalam beberapa tahun sudah, anda boleh jangka yang iPhone 12 boleh bertahan dan masih relevan dalam pasaran. Paling tidak pun untuk lagi setahun.

iPhone 12 masih memberi prestasi yang baik dan ianya masih dalam kemampuan Apple untuk mengeluarkannya. Di samping itu, harganya tidak cukup tinggi untuk bersaing dengan model baharu dan tidak terlalu rendah untuk mengacau iPhone SE yang baru.

Tambahan lagi, Apple dijangkakan menurun harga iPhone 12 kepada USD599 (sekitar RM2,570) dan harga iPhone 12 Mini jatuh kepada USD499 (sekitar RM2,140).
Anda mungkin akan melihat persaingan yang hebat antara iPhone SE 3 dan iPhone 12 Mini dalam beberapa bulan akan datang. Apple mungkin akan lebih mengesyorkan pelanggan untuk memilih iPhone SE 3 daripada membeli iPhone 12 Mini.
Hal ini demikian untuk menjaga permintaan dan pengeluaran siri SE yang baharu itu di pasaran global.
Sumber: iDrop News
Baca juga:
- Harga iPhone 14 - Mungkin Ini Yang Perlu Anda Bayar
- iPhone 14 Mungkin Disertakan Ciri Sambungan Satelit Bagi Tujuan Kecemasan
- Cara Matikan Fungsi "In-App Purchases" Pada Peranti Apple
Berkaitan
- TSMC Dilapor Merancang Untuk Naikkan Harga Cip Mereka Tapi Apple Tak Setuju
- Siri Redmi Note 12 Akan Dilancarkan Pada 23 Mac
- Apple Watch - Mungkin Bakal Ada Ciri Sambungan Satelit Untuk Pengguna
- Kuo: Pengecas USB-C Apple Hanya Sokong 20W Sahaja
- Apple - Tim Cook Dikhabarkan Ingin Membeli Kelab Manchester United
- vivo V27e Rasmi: Pengecasan 66W Pada Harga RM1299
- iPhone Tanpa Takuk Mungkin Hadir Dalam 2 Tahun Lagi
- Kuo Jelaskan Kenapa Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Makin 'Gedabak'
- 4 Produk Baharu Dari Apple Yang Mungkin Dilancarkan Oktober Ini
- Xiaomi 12 Ultra Mungkin Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 1 Plus