Beam Mobility Holdings Pte. Ltd (Beam) merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan elektrik mikro dibeberapa buah negara termasuklah Australia, Korea Selatan, Taiwan, Turki, Thailand, Indonesia, New Zealand dan Malaysia.
Untuk perkhidmatan di Malaysia, Beam ditawarkan di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kepong, Cheras, Setapak dan Taman Tun Dr Ismail.
Selain itu, Beam juga ditawarkan di Kuantan (Taman Esplanade), Petaling Jaya (Seksyen 14 & 52, Ara Damansara, Bandar Sri Damansara, Damansara Jaya dan Bandar Utama), Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia), Selangor (Ampang Jaya di Taman Shamelin Perkasa, Pandan Perdana, Pandan Jaya, Bandar Baru Ampang) dan Shah Alam (Seksyen 7 & 14, Taman Botani, dan i-City).
Terdapat sebanyak 3 jenis mikromobiliti ditawarkan Beam iaitu e-Skuter (Beam Saturn), e-Moped (Beam Rover) dan e-Bike (Beam Apollo).
Untuk hampir sebulan, penulis telah berpeluang mencuba sendiri salah satu daripada mikromobiliti Beam iaitu e-Skuter Beam Saturn.
Untuk mengaktifkan e-Skuter ini amatlah mudah iaitu dengan hanya mengimbas kod QR yang terdapat pada e-skuter tersebut menerusi aplikasi Beam dan anda boleh mengawal sebahagian ciri yang ada pada e-skuter ini seperti mengaktifkan lampu utama menerusi aplikasi Beam.
{suggest}
Menyeronokkan
Sejujurnya, ini adalah kali pertama penulis menunggang sendiri e-Skuter dari Beam ini dan ia memang begitu menyeronokkan.
Untuk bergerak dari satu lokasi ke-lokasi lain di sekitar Cyberjaya dengan e-Skuter ini memang sangat membantu.
Ia mudah dikendalikan, selesa dan pantas untuk sampai ke destinasi dituju serta memberikan penjimatan untuk wang anda.
Jimat dan pantas
Manakan tidak, dengan kelajuan maksimumnya 25km/jam, penulis dengan pantas boleh sampai ke destinasi pada jarak kurang dari 2 kilometer hanya dalam masa hanya kurang dari 2 minit sahaja.
Tak perlu sampai berpeluh dan penat berjalan. Kos pula adalah amat berpatutan iaitu hanya RM0.60/minit sahaja.
Sekaligus jauh lebih murah berbanding kenderaan e-hailing bermotor yang lebih mahal harganya.
Kapsyen – e-Skuter ini turut dilengkapi panel digital yang memaparkan info ringkas seperti meter kelajuan dan status kapasiti bateri.
Keselamatan
Walaubagaimanapun, mungkin menjadi kebimbangan utama pengguna adalah berkaitan keselamatan menunggang e-Skuter ini.
Seperti yang penulis katakan diawal tadi, menunggang e-Skuter Beam ini adalah sangat mudah untuk dikendalikan.
Sungguhpun begitu, aspek keselamatan tidak boleh diabaikan dan pengguna haruslah mematuhi undang-undang yang tidak membenarkan e-Skuter digunakan di atas jalan raya.
Sebaliknya ia hendaklah diguna di atas laluan berbasikal atau yang dibenarkan dengan berhati-hati dan menggunakan ciri keselamatan yang tersedia ada pada e-Skuter tersebut seperti mengaktifkan lampu isyarat ketika membelok, membunyikan loceng bagi memaklumkan kehadiran anda di laluan serta menggunakan brek dengan baik ketika memberhentikan skuter tersebut.
Kesimpulan
Apa yang boleh disimpulkan penulis selepas menggunakan e-Skuter Beam ini adalah ia merupakan kenderaan mikro moden yang mensasarkan pengguna untuk pergi dari satu lokasi ke lokasi yang lain di dalam bandar raya yang sesak jalan rayanya untuk jarak yang tidak begitu jauh.
Menjadikan pergerakan di dalam bandar raya adalah lebih pantas. Tapi pada masa yang sama perlulah ditunggang dengan berhemah dan berhati-hati.
Bukan pula menunggang dengan aksi yang merbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
Untuk contoh lain pula, penduduk yang tinggal di kondominium ingin pergi ke stesen LRT/Komuter. Jarak antara stesen dengan kondominium mungkin tidak jauh tetapi adalah lebih pantas tiba di lokasi dengan menunggang e-Skuter ini.
Kos perjalanan juga tidaklah mahal sekaligus e-Skuter Beam ini memberikan pengangkutan alternatif yang lebih nilai kepada pengguna.
Diharapkan perkhidmatan e-Skuter Beam ini diperluaskan ke lebih banyak kawasan seperti Cyberjaya dan Putrajaya. Bukan sahaja sebagai pengangkutan awam tetapi juga sebagai pengangkutan untuk riadah dan rekreasi kepada penduduk sekitar.