Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Oktober_

Sistem Pintasan Kecemasan Menerusi Telefon Pintar Akan Diteliti – Fahmi

Diterbitkan Oktober 10, 2024 · Dikemas kini Oktober 10, 2024 oleh Amalina Athman

Sistem amaran banjir, terutamanya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) akan ditambah baik dengan sistem pintasan kecemasan bagi memberi amaran menerusi notifikasi pop-up yang dihantar ke telefon pintar.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa negara telah melaksanakan sistem pemakluman bencana menerusi sistem pintasan kecemasan ke telefon pintar dan tidak lagi bergantung pada sistem pesanan ringkas (SMS) atau siren semata-mata.

Ini untuk memaklumkan rakyat terutama di sesuatu kawasan, selain daripada amaran siren banjir, mungkin melalui telefon mereka juga boleh mendapatkan maklumat terkini. Kita akan teliti kemudahan itu.

Fahmi memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai langkah yang boleh dilakukan dengan syarikat telekomunikasi untuk membantu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi MTL memandangkan jumlah taburan hujan yang tinggi boleh merosakkan fasiliti rangkaian telekomunikasi.

Negara dijangka mengalami fenomena peralihan MTL pada minggu keempat bulan ini, yang diramalkan akan membawa hujan lebat serta risiko bencana seperti banjir.

Berkaitan

  • Ikuti 12 Tips Keselamatan Elektrik Ini Ketika Berdepan Banjir
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Sistem e-Sisa Untuk Kenal Pasti Lokasi Berisiko Jadi Tempat Pembuangan Sisa
  • MYSA Bangunkan Sistem Pengurusan Tanaman Padi Dan Empangan Untuk Kegunaan MADA

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY