Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG MOBILE_Malaysian Ghost Stories Pocong_KV

PUBG MOBILE Lancar Koleksi Hantu Malaysia – Pocong, Pontianak Dan Volkswagen Kuning

Diterbitkan Oktober 10, 2024 oleh Rushsyafizal

PUBG MOBILE kini memperkenalkan koleksi seram bertemakan hantu tempatan Malaysia, “Jelmaan”. Bermula 8 Oktober 2024, pemain akan berpeluang merasai suasana seram di medan pertempuran dengan kehadiran makhluk-makhluk mistik yang menghantui musuh.

Koleksi eksklusif ini menampilkan set Pocong yang direka khas oleh pereka tempatan, lengkap dengan empat item menyeramkan:

PUBG MOBILE_Malaysian Ghost Stories Pocong_Event KV
Restless Pocong : Set pakaian

Item lain yang dikeluarkan dalam acara ini ialah Pocong Wanderer sebagai beg galas dan Elusive Pocong adalah Kuali. Senapang DBS yang sangat digemari komuniti kini diubah menjadi senjata yang lebih menyeramkan untuk acara ini, membolehkan pemain menguasai medan pertempuran dengan gaya yang menakutkan.

PUBG MOBILE_Malaysian Ghost Stories Pocong_DBS KV
Pocong Shadow : Senjata DBS

Set Pocong ini berada pada tahap Mythic dan hanya boleh diperoleh melalui acara lucky chance dengan bayaran serendah 10 UC, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pemain tanpa perlu risau tentang kos tinggi.

Koleksi “Jelmaan” ini juga memperkenalkan kerjasama PUBG MOBILE X Volkswagen, menampilkan kereta ikonik Yellow Beetle, yang terkenal dalam kisah seram di Lebuhraya Karak. Kini, pemain boleh merasai pengalaman seram tersebut di medan pertempuran PUBG MOBILE.

Acara yang bertemakan hantu tempatan ini bermula 8 Oktober dan berakhir pada 11 November 2024.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • 2 Versi Windows 11 Ini Sudah Tidak Lagi Terima Kemas Kini Dari Microsoft
  • Semua Pengguna Gemini Kini Boleh Jana Imej Dengan Imagen 3
  • Qualcomm Sahkan Kemungkinan Eksploitasi Perisian Intip Dalam Peranti Android
  • Pos Malaysia Lancar Setem Kenang-Kenangan 150 Tahun Kesatuan Pos Sedunia

Sumber : Siaran media PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY