Acer Malaysia Akan Bagi Baik Pulih Produk Yang Terjejas Sebab Banjir

Sejak bencana banjir melanda negara, ramai yang mengalami kerugian disebabkan kerosakan perabot, kereta, peralatan elektronik, komputer riba dan sebagainya.

Oleh itu, bagi meringankan beban, Acer Malaysia tampil menawarkan perkhidmatan membaik pulih bagi produk Acer yang terjejas disebabkan banjir.

Bagi pelanggan Acer, anda boleh membawa mana-mana produk Acer yang mengalami kerosakan tidak kira sama ada ia masih mempunyai jaminan (warranty) atau pun tidak.



Untuk bukan pelanggan Acer pula, tiada masalah. Anda turut boleh menghantar produk daripada pelbagai jenama untuk menerima servis daripada Acer tetapi akan dikenakan sedikit caj.

Bagaimanapun, sekiranya produk yang dihantar dalam keadaan yang susah untuk dibaiki, Acer menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi pembelian mana-mana komputer atau komputer riba menerusi e-Store Acer.

Menurut Acer lagi, tawaran ini tertakluk bermula hari ini hingga 31 Mac 2022. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Acer Malaysia di talian 1-800-88-1918 atau emel [email protected].

Sumber: Acer

Baca juga: