Seterusnya kenyataan media oleh SKMM mengenai harga minimum jalur lebar talian tetap melalui pakej-pakej baru yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan Celcom.
Namun begitu, timbul persoalan daripada pengguna terutama sekali pelan Streamyx yang mana tidak kelihatan jalan penyelesaian bagi mereka.
Lanjutan daripada itu, pihak SKMM telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telco untuk mencari penyelesaian kepada isu berbangkit susulan daripada pengumuman harga pakej baru.
Kenyataan Media: Telco Komited Untuk Tawar Jalur Lebar Pada Harga Berpatutan.#MCMC #SKMM #jalurlebar pic.twitter.com/Qn7v9PMuE1
— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) October 13, 2018
Terkini, hasil daripada perbincangan, kesemua syarikat telco komited untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan.
- TIME - Pakej baru yang ditawarkan akan dinikmati secara automatik oleh pengguna sedia ada.
- Maxis dan TM - Bercadang untuk naik taraf perkhidmatan ADSL kepada gentian optik secara berperingkat.
- Celcom - Luaskan lagi liputan jalur lebar tetap pada tahun 2019 melalui kerjasama dengan telco yang lain dan teknologi alternatif.
Pihak SKMM juga menyatakan bahawa mereka akan terus memantau pihak telco untuk memastikan segala aspek berkaitan kelajuan dipenuhi menurut terma dan syarat pakej yang dilanggani.
Sumber: SKMM
Berkaitan
- Singapura Bangunkan Aplikasi Telefon Pintar Untuk Elakkan Penyebaran Covid-19
- MySejahtera Bakal Tambah Ciri Khusus Untuk Ibu Hamil
- U Mobile Tawar Telefon Sokongan 4G VoLTE Dengan Harga RM0.99
- Apple Ada Perancangan Untuk Buang Rekaan Takuk
- Oppo Malaysia Turunkan Harga Oppo N3 Kepada RM998
- Kereta Terhubung Digi Bersama AXA FlexiDriver Diperkenalkan
- Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat
- Xiaomi Perkenal Powerbank Dengan Kapasiti 30,000mAh
- Imej Acah OPPO F9 Memperlihatkan Rekaan Takuk Yang Lebih Kecil
- Samsung Galaxy Book S Diumumkan, Komputer Riba Yang Dikuasakan Snapdragon 8cx