Dikenali sebagai TraceTogether, ia berfungsi untuk mengenalpasti pengguna aplikasi yang berada berhampiran dengan individu yang disahkan dengan Covid-19. Menurut video yang dimuat naik oleh CNA, aplikasi ini menggunakan ciri Bluetooth untuk tujuan mengesan peranti lain.
Penawaran peranti dibuat untuk kedua-dua platform telefon pintar Android dan iOS. Ketika pendaftaran dibuat, pengguna akan diberikan nombor ID secara rawak yang dipadankan dengan nombor mudah alih. Kemudian, fungsi Bluetooth akan mengesan dan merekod nombor ID t pengguna lain yang berada dalam jarak 2m hingga 5m. Fungsi Bluetooth perlu sentiasa diaktifkan untuk penggunaan TraceTogehther.
Apabila salah seorang pengguna aplikasi disahkan positif Covid-19, pihak kementerian kesihatan negara tersebut akan mudah menjejak kontak rapat lain berdasarkan nombor ID yang direkod aplikasi. Difahamkan lagi, data yang disimpan pada peranti akan disulitkan (encrypted) dan aplikasi tidak akan mengakses data lokasi pengguna.
Walaubagaimanapun penggunaan TraceTogether tidak diwajibkan oleh kerajaan Singapura tetapi mereka menggalakkan rakyatnya untuk memasang aplikasi tersebut. Di dalam AppStore, ia menyatakan penawaran aplikasi ini akan dihentikan setelah krisis Covid-19 berakhir.
https://www.youtube.com/watch?v=6n9ZsHSc4YA&feature=emb_title
TraceTogether merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan Singapura (GovTech) dengan kerjasama dari Kementerian Kesihatan Singapura.
Sumber: CNA
Berkaitan
- Perlawanan Akhir PUBG Mobile S1 Akan Diadakan 1 Mei Ini
- Black Shark Lucifer T1, TWS Baru Di Malaysia Dengan Harga RM169
- Apple Sah Mengambil Alih Perniagaan Modem Intel
- Prototaip Telefon Pintar Samsung Versi 5G Tampilkan Rekaan Takuk Yang Pelik
- iPhone Dengan Sokongan Dwi Kad Sim Mungkin Tidak Masuk Malaysia
- Sony Xperia 10 II Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini
- Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam
- Apa Yang Ada Pada PES 2019?
- Siri Huawei P40 Terima Anugerah Telefon Pintar Dengan Foto Terbaik Dari TIPA
- SmartTAG Tidak Lagi Dijual, Akan Digantikan Dengan Teknologi RFID