Bermula 5 Jun hingga 31 Disember 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan soal selidik bagi mengumpul data berkaitan akses dan penggunaan telefon bimbit, e-dagang dan kadar kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar dan selular mudah alih.

Pemilihan responden adalah secara rawak di mana pengguna akan menerima jemputan melalui aplikasi WhatsApp dari SKMM. Oleh itu, SKMM mengingatkan responden untuk tidak menjawab sebarang jemputan soal selidik selain nombor di bawah:

  • 017-7286262
  • 017-3646262

Selain itu, SKMM turut menyatakan tiada sebarang pengumpulan data peribadi, wang mahupun sebarang urusan jualan yang akan dilakukan. Untuk bertanya mengenai kesahihan soal selidik, pengguna boleh menghubungi nombor hubungan rasmi SKMM di talian 03-8688800.

IKLAN

Dalam pada itu, SKMM juga akan memberikan e-baucar bernilai RM5 kepada 10,000 responden pertama yang melengkapkan soal selidik ini sebagai tanda penghargaan.

Sebarang penamatan atau pelanjutan tempoh kajian akan diumumkan melalui laman sesawang SKMM.