Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Adakan Soal Selidik Untuk Kenalpasti Perkara Dalam Kandungan Aplikasi Yang Menjadi Kebimbangan

SKMM Adakan Soal Selidik Untuk Kenalpasti Perkara Dalam Kandungan Aplikasi Yang Menjadi Kebimbangan

Diterbitkan Ogos 24, 2020 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang menjalankan soal selidik berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kerangka pengawalseliaan perkhidmatan aplikasi kandungan untuk perkhidmatan TV dan radio tradisional serta perkhidmatan kandungan dalam talian.

soal selidik SKMM

Bagi perkhidmatan TV dan radio tradisional, ianya termasuk siaran TV3, Astro, TV AlHijrah, unifi TV, HotFM, BFM, IkimFM, SuriaFM, MixFM, dan lain-lain. Manakala kandungan dalam talian adalah seperti Netflix, iflix, DimSum, Viu, dan lain-lain.

Soal selidik ini diadakan bagi tujuan mendapatkan pandangan orang awam berhubung kecenderungan kepada jenis perkhidmatan aplikasi kandungan yang ditonton atau didengar. Selain itu, ia juga bagi mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi kebimbangan orang awam terhadap kandungan daripada pelbagai platform yang ditonton atau didengar.

Penyertaan bagi soal selidik ini boleh dilakukan bermula hari ini, 24 Ogos hingga 7 September 2020. Bagi anda yang ingin menyertai sola selidik ini, layari
mcmc.gov.my/en/surveycas untuk maklumat lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
©2026 WISER.MY