Sistem Operasi Windows 10X Dibangunkan Khusus Untuk Peranti Skrin Berkembar

Dijangka akan diperkenalkan di acara Microsoft pada lewat malam ini.


Sebelum ini sudah terdapat beberapa peranti terbaru Microsoft sudah terdedah lebih awal sebelum bermulanya acara krasmi mereka yang dijadualkan akan bermula pada lewat malam ini.

Antara produk-produk terbaru yang dijangka akan diperkenalkan termasuklah Surface Pro 7, Surface Laptop 3, komputer riba Surface 2 dalam 1.

Kapsyen: Imej peranti Surface 2 dalam 1 yang tertiris awal. Kredit: The Verge


Selain daripada pendedahan produk-produk utama tersebut, Microsoft juga dilaporkan akan memperkenalkan sistem operasi terbaru yang buat masa ini hanya dikenali sebagai Windows 10X. Atau sebelum ini ia dirujuk dengan nama Windows Lite.

Versi Windows terbaru ini dikatakan akan menguasakan khusus bagi peranti dengan skrin berkembar yang didakwa sedang dibangunkan Microsoft. Kewujudan peranti baru itu masih lagi misteri sehingga kini tetapi ia didakwa akan berada di dalam barisan model Surface dengan menggunakan kod nama 'Centaurus'.

Semua khabar angin ini akan terjawab di acara Microsoft yang akan berlangsung lewat malam ini bermula jam 10 malam nanti. Anda boleh menonton acara tersebut secara strim langsung dari laman rasmi Twitter Microsoft Surface atau dari laman rasmi Microsoft.

https://twitter.com/surface/status/1179116544179261447

Sumber: The Verge

Berkaitan