Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Melihat Kembali Kata Laluan Yang Disimpan Pada Pelayar Edge

Microsoft Akan Memperkenalkan Ciri ‘Sleeping Tabs’ Pada Pelayar Edge

Diterbitkan September 28, 2020 · Dikemas kini September 29, 2020 oleh ariff bukhari

Microsoft kini dalam peringkat mencuba ciri terbaru pada pelayar Microsoft yang dinamakan sebagai ‘Sleeping Tabs‘.

Ciri baru ini didakwa akan dapat menjimatkan penggunaan memori pelayar Edge sehingga 26%.

Malah Microsoft mendakwa ciri tersebut mampu mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan sehingga 29%. Sekaligus memberikan manfaat yang besar pada pengguna yang menggunakan Edge di komputer riba.

“We built upon the freezing technology to create sleeping tabs. This feature allows inactive background tabs to “go to sleep,” releasing system resources after a set amount of time.” Microsoft.

Median Memory for Edge (MB) v2
Perbezaan ciri Sleeping Tabs pada penggunaan memori pelayar Edge. Sumber: Microsoft
Average CPU per tab for Edge V2
Perbezaan penggunaan kuasa pemprosesan apabila ciri Sleeping Tabs diaktifkan. Sumber: Microsoft

Anda sudah boleh cuba mengaktifkan ciri tersebut menerusi Edge://flags > Enable Sleeping Tabs > Sleeping Tabs use observed site characteristics heuristics

Microsoft Akan Memperkenalkan Ciri ‘Sleeping Tabs’ Pada Pelayar Edge

Seterusnya, aktifkan semula Edge dan buka Setting > System > Enable Sleeping Tabs.

Microsoft Akan Memperkenalkan Ciri ‘Sleeping Tabs’ Pada Pelayar Edge

Dalam tetapan Sleeping Tabs, anda boleh menetapkan masa untuk sesebuah tab tidak aktif.

Ciri baru ini dijangka hanya akan ditawarkan kepada semua pengguna Microsoft Edge dalam kemas kini masa hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY