Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Pengguna Android, Berhati-hati Terhadap Ransomware Terbaru Yang Ditemui Microsoft

Diterbitkan Oktober 13, 2020 · Dikemas kini Oktober 13, 2020 oleh ariff bukhari

Microsoft menerusi pasukan penyelidik keselamatan Microsoft 365 Defender Research Team memaklumkan bahawa mereka menemukan perisian hasad sofistikated yang mensasarkan peranti Android.

Microsoft menyatakan bahawa penemuan perisian hasad terbaru ini menunjukkan bahawa perisian hasad untuk platfom peranti pintar mudah alih berevolusi dengan sangat pantas.

“…we found a piece of a particularly sophisticated Android ransomware with novel techniques and behavior, exemplifying the rapid evolution of mobile threats that we have also observed on other platforms” Microsoft.

Perisian hasad itu yang dikenali sebagai MalLocker.B itu dikesan baru sahaja muncul dan merupakan variasi terbaru bagi keluarga ransomware yang didapati terus berevolusi tanpa henti.

Pengguna Android, Berhati-hati Terhadap Ransomware Terbaru Yang Ditemui Microsoft

Microsoft menjelaskan, MalLocker.B amat sukar dikesan malah mampu melepasi ciri keselamatan sistem operasi.

Walaupun ia berevolusi dengan taktik baru bagi mengelak dikesan tetapi matlamatnya adalah tetap sama iaitu untuk mengaut keuntungan mudah.

Microsoft juga menyatakan bahawa penemuan perisian hasad baru ini adalah amat penting bagi mereka.

“This new mobile ransomware variant is an important discovery because the malware exhibits behaviors that have not been seen before and could open doors for other malware to follow,” Dinesh Venkatesan ,Microsoft 365 Defender Research Team.

Microsoft kini turut mengesan serangan siber ke atas sistem operasi Android menerusi Microsoft Defender for Endpoint dalam usaha mengekang serangan siber yang semakin meningkat saban tahun.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY