Sistem Operasi Android 8.0 Bakal Diberi Nama Android Oreo

Sitem Operasi Android yang seterusnya- Android 8.0 dijangka akan dilancarkan pada Oktober tahun ini, tetapi syarikat itu dilihat sudah mula menjalankan kemaskini untuk Android 8.0. Berikutan satu kiriman twitter dari Naib Presiden syarikat tersebut Hiroshi Lockheimer , ramai yang menjangkakan ianya akan diberi nama Android Oreo.

oreo

Kemas kini seterusnya dijangka membawa ciri-ciri baru antaranya 'Perubahan Notifikasi'.Rekaan notifikasi mungkin akan diubah berikutan penggabungan Projek Andromeda dan Android OS yang dikhabarkan akan dimuatkan ke dalam Android 8.0. Antaranya ialah notifikasi akan dipaparkan mengikut keutamaan dan kepenggunaan melalui sistem self-learning. Selain itu akan terdapat ciri lencana yang boleh dijadikan sebagai penanda di notifikasi mengikut pilihan pengguna.

Yang kedua, perubahan yang akan ditampilak oleh sistem operasi terbaru ini ialah ianya bakal dimuatkan dengan sokongan gambar dalam gambar seperti yang diketengahkan oleh Android TV.
Kemas kini baru ini juga dijangka membuat Google bar lebih berguna, dengan memperkenalkan alat terapung dikuasakan oleh Google AI. Ianya juga dilengkapi bersama ciri Copy Less yang secara automatik mendapatkan sumber maklumat yang berkaitan daripada Google dan terus diselitkan kepada perbualan mesej contohnya.

Yang terakhir sekali, Android 8.0 dilihat bakal mendatangkan sokongan kawalan aktviti di latar belakang . Fungsi ini seperti biasa membenarkan pengguna menjimatkan bateri dan data dengan menghentikan aplikasi yang berjalan di latar belakang. Jika pengguna membuka banyak tab, tab yang berada di bawah akan dihentikan buat sementara waktu untuk memberi keutamaan kepada tab yang sering digunakan.