Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Xiaomi 13T Hadir 26 September – Selain Leica, Ini Spesifikasi Yang Dijangka

Siri Xiaomi 13T Hadir 26 September – Selain Leica, Ini Spesifikasi Yang Dijangka

Diterbitkan September 6, 2023 oleh Firdaus

Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 13T bakal hadir pada 26 September ini. Berdasarkan ciapan X Xiaomi, ia mendakwa telah mendapat bukti bahawa Xiaomi akan melancarkan siri tersebut pada hujung bulan ini.

https://twitter.com/Xiaomi/status/1698999412280754610

Berdasarkan gambar tersebut, Xiaomi nampaknya akan melancarkan siri 13T ini di Berlin dan seperti siri-siri terdahulu, 2 model mungkin akan diperkenalkan – Xiaomi 13T / 13T Pro.

Untuk kamera, versi Pro dilaporkan mempunyai kamera Leica tetapi Xiaomi 13T yang standard pula tidak mempunyai sokongan tersebut.

Siri Xiaomi 13T Hadir 26 September – Selain Leica, Ini Spesifikasi Yang Dijangka

Berdasarkan sumber, Xiaomi 13T Pro didakwa guna cip Dimensity 9200+, pilihan RAM 12/16GB dan storan hingga 1TB. Berkemungkinan besar, ia adalah memori RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Selain itu, Xiaomi 13T Pro dilengkapi skrin OLED 6.67″ beresolusi FHD+ yang sokong 144Hz kadar segar semula, 2,880Hz PWM, dan kadar kecerahan maksimum 2800 nits.

Untuk kamera, peranti ini mempunyai tetapan 3 kamera – 50MP Sony IMX707 utama, 13MP Omnivision OV13B ultra-lebar, 50MP Omnivision OV50D telefoto dan 20MP Sony IMX596 swaofoto.

Versi Pro juga dilapor hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP68, kapasiti bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 120W.

Berkaitan

  • Samsung S24 Ultra Didakwa Kekalkan 200MP, Tapi Guna Sensor Yang Baharu
  • Ini 13 Simptom Telefon Pintar Android Anda Telah Dijangkiti Perisian Hasad
  • Ini 3 'Mobile Games' Paling Banyak Dimain Oleh Rakyat Malaysia
  • MCMC Keluarkan Notis Kepada 4 Syarikat Telekomunikasi
  • 'Wordmark' Dan Logo Android Berwajah Baharu - Ini Apa Yang Berbeza

Namun, anda juga boleh membaca artikel ini untuk menyemak spesifikasi penuh Xiaomi 13T yang didakwa.

Oleh itu, sama sama kita nantikan kehadiran siri Xiaomi 13T pada 26 September ini.

Beli Peranti Xiaomi di Shopee: https://invl.io/cljmlyt

Beli Peranti Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljmlz1

Sumber: Notebookcheck

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY