Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Ini 13 Simptom Telefon Pintar Android Anda Telah Dijangkiti Perisian Hasad

Diterbitkan September 5, 2023 · Dikemas kini September 5, 2023 oleh ariff bukhari

Adalah bukan rahsia bahawa telefon pintar moden boleh dijangkiti dengan perisian hasad.

Perisian hasad yang menjangkiti peranti anda itu pula boleh jadi dari pelbagai jenis untuk pelbagai tujuan khusus yang berniat jahat seperti mengintip, mencuri info atau menghabiskan wang dalam bank anda.

Malangnya, anda tidak tahu pun bahawa telefon pintar anda itu sebenarnya sudah dijangkiti dengan perisian hasad.

Tetapi jika anda peka dengan keselamatan peranti, anda boleh tahu peranti anda dijangkiti perisian hasad apabila menyedari 2 tingkah laku berikut:-

  • Secara tiba-tiba, Google telah log anda keluar daripada Akaun Google anda. (Tindakan itu adalah untuk membantu melindungi anda daripada perisian hasad pada peranti anda).
  • iklan timbul yang tidak akan hilang-hilang.

Tetapi jika itu belum mencukupi, anda boleh melihat simptom-simptom berikut:-

Simptom peranti

  • Makluman tentang virus atau peranti yang dijangkiti
  • Perisian anti-virus yang anda gunakan tidak lagi berfungsi atau berjalan
  • Penurunan ketara dalam prestasi operasi peranti
  • Penurunan ruang storan yang ketara dan tidak dijangka pada peranti
  • Peranti anda berhenti berfungsi dengan betul atau  tidak berfungsi sama sekali

Simptom pelayar

  • Makluman tentang virus atau peranti yang dijangkiti
  • Iklan timbul dan tab baharu yang tidak akan hilang
  • Extensions atau toolbar Chrome yang tidak diingini terus datang kembali
  • Pelayaran internet anda kelihatan di luar kawalan dan sentiasa mengubah hala ke halaman atau iklan yang tidak dikenali
  • Halaman utama Chrome atau enjin carian anda sentiasa berubah tanpa kebenaran anda

Simptom lain

  • Kenalan anda telah menerima e-mel atau mesej media sosial daripada anda, walhal anda tidak menghantar e-mel atau mesej tersebut.

Jadi, sekiranya peranti anda memiliki simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, itu bermakna telefon pintar anda telah dijangkiti perisian hasad.

Anda boleh bertindak segera seperti membuang aplikasi-aplikasi yang diragui, mengemas kini peranti kepada versi sistem operasi terkini atau set semula (reset) peranti Android anda itu kepada tetapan kilang (bahasa mudah, format dan padam semua data).

Berkaitan

  • Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
  • Buang 2 Aplikasi Palsu Ini Dari Peranti, Dikesan Mengintip Pengguna Android
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY