Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dilapor Hadir September, Ini Spesifikasi Xiaomi 13T Yang Didakwa

Dilapor Hadir September, Ini Spesifikasi Xiaomi 13T Yang Didakwa

Diterbitkan Ogos 22, 2023 oleh Firdaus

Berdasarkan sumber, Xiaomi sedang mempersiapkan 2 model bagi siri Xiaomi 13T yang dikatakan bakal hadir pada bulan September ini.

Walaupun begitu, hanya model Xiaomi 13T sahaja yang dapat didedahkan spesifikasinya.

Spesifikasi Xiaomi 13T Yang Didakwa

Dilapor Hadir September, Ini Spesifikasi Xiaomi 13T Yang Didakwa

Xiaomi 13T dilapor guna cip Dimensity 8200 Ultra, memori RAM 8GB dan storan 256GB. Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ dengan sokongan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 2400 nits.

Selain itu, ia disokong bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dan guna MIUI 14 berasaskan Android 13.

Untuk kamera, peranti ini menawarkan sensor kamera – 50MP (OIS), 50MP (OIS + 2x Zum), 12MP (ultra-lebar) dan 20MP swafoto.

Tidak lupa juga peranti ini menawarkan ciri-ciri baharu seperti sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, kalis habuk dan air IP68 dan lain-lain.

Berkaitan

  • Telefon POCO 5G Berharga Bawah RM500 Untuk Minggu Ini Sahaja
  • realme Sahkan Kehadiran GT5 Pada 28 Ogos Ini
  • Metal Slug: Awakening Sudah Boleh Dimainkan
  • realme 11 5G Hadir Pada 30 Ogos, Guna Cip Setara Snapdragon 695
  • Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally

Seperti siri Xiaomi T sebelum ini, barisan peranti tersebut berkemungkinan akan memasuki pasaran Malaysia seawal suku keempat tahun ini.

Beli Peranti Xiaomi di Shopee: https://invl.io/cljmlyt

Beli Peranti Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljmlz1

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi
©2026 WISER.MY