Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X70

Siri vivo X70 Bakal Tiba Di Malaysia, Naik Taraf Gimbal Dan Guna OriginOS

Diterbitkan September 2, 2021 · Dikemas kini September 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Umum mengetahui vivo bakal melancarkan siri X70 pada 9 September ini. Dikatakan terdapat tiga varian, iaitu X70, X70 Pro dan X70 Pro+.

Terbaru, vivo Malaysia mengacah peranti tersebut menerusi laman sesawang rasmi mereka. Namun, nampaknya mungkin hanya varian X70 dan X70 Pro sahaja dibawa masuk, seperti mana siri X60 tahun ini.

Ini kerana vivo X70 Pro+ yang mempunyai warna seperti jingga tidak kelihatan dalam laman rasmi vivo Malaysia.

vivo_X70 1

Seperti biasa, siri vivo ini akan menawarkan kemampuan kamera yang mana X70 disaluti ZEISS T* Coating untuk mengurangkan kesan ghosting dan sebagainya semasa mengambil gambar.

vivo_X70 2

Selain itu, ia juga nampaknya menerima peningkatan pada gimbal mereka yang sememangnya sinonim dengan mereka. Tambahan lagi, siri ini juga mungkin menggunakan OriginOS kerana vivo turut mengacahnya.

vivo_X70 3

Walau bagaimanapun, sama-sama kita nantikan perincian lanjut semasa ia dilancarkan pada minggu hadapan.

Sumber: vivo Malaysia

Baca juga:

  • Bila vivo Malaysia Nak Bagi Origin OS?
  • Telefon vivo Sedia Dipasarkan Di 50 Buah Negara
  • Penyelidik Bimbang Ribut Solar Ekstrem Mungkin Merosakkkan Perkhidmatan Internet Di Seluruh Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY