Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X70 Pro+

Siri vivo X70 Sah Bakal Dilancarkan Pada 9 September

Diterbitkan Ogos 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Penghujung tahun lalu, vivo X60 dan X60 Pro rasmi dilancarkan dan kemudian diikuti X60 Pro+ pada awal tahun ini. Kini, vivo mengesahkan tarikh pengenalan siri terbaharu mereka menerusi vivo X70 pada 9 September ini.

Mereka dijangka mengumumkan tiga telefon pada masa yang sama, tidak seperti siri vivo X60 tahun lepas. Telefon tersebut adalah X70, X70 Pro dan X70 Pro+.

Vivo X70, X70 Pro & X70 Pro+ launching on September 9, 2021 in China. 😍#Vivo .@Vivo_India .@vivo_europe .@Vivo_Phil pic.twitter.com/pRyBw2HeDz

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) August 30, 2021

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan peranti vivo X70 Pro+ dan menampilkan 4 kamera belakang dengan modul agak besar. Selain meneruskan sistem kamera Zeiss, mereka juga bakal memuatkan cip pemproses imej tersendiri, iaitu vivo V1 ISP.

vivo x70

Antara khabar angin mengenai spesifikasi X70 Pro+ adalah dijana cip Snapdragon 888, 12GB RAM serta storan 256GB. Manakala varian standard dan Pro dijangka tampil dengan skrin AMOLED 120Hz serta cip Exynos 1080.

Sumber: gizmochina

Baca juga:

  • vivo Sah Akan Melancarkan Tablet Mereka Pada Tahun Hadapan
  • Kempen vivo “Malaysia V Boleh” Tawar Rebat Hingga RM200
  • Lazada 9.9 Ada Diskaun Hingga 60%, Penghantaran Percuma Dan Bonus

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY