Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Vivo X100

Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499

Diterbitkan Januari 3, 2024 oleh Muhd Idham

vivo Malaysia hari ini telah merasmikan telefon pintar siri vivo X100 di pasaran tempatan setelah pelancarannya di China pada 21 November 2023 yang lepas.

Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499

Dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9300 dan sistem operasi Funtouch OS 14 bagi kedua-dua model, reka bentuk yang ditampilkan juga adalah sama.

Selain itu, kedua-dua model ini dilengkapi skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78 inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan resolusi 2800 x 1260 piksel serta kecerahan puncak 3,000 nits.

Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499

Di samping itu, model X100 Pro dilengkapi dengan kamera ZEISS yang menawarkan 3 lensa kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 50MP dengan zum optik 4.3x.

Sama seperti X100 Pro, model X100 dibezakan melalui penggunaan kamera telefoto yang diubah kadarnya kepada 64MP dengan zum optik 3x.

Kamera swafoto pula adalah sama bagi kedua-dua model iaitu 32MP.

Screenshot (53)

Untuk rakaman video, X100 Pro menawarkan kualiti video 8K 1080p manakala X100 hadir dengan kualiti video 4K 1080p.

Tambahan lagi, kapasiti bateri yang dibekalkan bagi model X100 Pro adalah 5,400mAh dengan pengecasan berwayar 100W dan tanpa wayar 50W.

Namun, model X100 pula menawarkan hanya kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 120W.

Screenshot (55)

vivo Malaysia juga telah mengumumkan penajaannya sebagai telefon pintar rasmi bagi kejohanan bola sepak UEFA EURO 2024.

Screenshot (59)
Startrail Blue
Screenshot (60)
Asteroid Black

Siri vivo X100 ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Startrail Blue dan Asteroid Black dengan harga RM3,499 untuk model X100 dan RM4,599 bagi X100 Pro.

Screenshot (61)

Anda boleh membuat prapesan melalui gedung rasmi dalam talian vivo seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan vivo Official Store dengan tawaran hadiah.

Berkaitan

  • Siri vivo X100 Akan Tiba Di Malaysia Pada 3 Januari 2024
  • Carian "Weather" Di Google Search Kini Lebih Meriah
  • Nipis Dan Ringan, HONOR Magic V2 Akan Tiba Di Malaysia
  • 6 Aplikasi Pelayar Ini Paling Banyak Diguna Di Malaysia

Sumber: Siaran Media vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY