Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chrome safari edge

6 Aplikasi Pelayar Ini Paling Banyak Diguna Di Malaysia

Diterbitkan Januari 3, 2024 ยท Dikemas kini Januari 3, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data daripada laman Stat Counter, mereka menyenaraikan sebanyak 6 aplikasi pelayar yang paling banyak digunakan oleh pengguna di Malaysia bagi melayari internet.

Bermula dari Januari 2023 hingga Disember 2023, aplikasi pelayar Google Chrome masih kekal menjadi pelayar utama pilihan pengguna di Malaysia dengan penguasaan pasaran lebih daripada 70%.

Ia diikuti oleh pelayar Safari dari Apple dengan penguasaan hampir mencecah 20% iaitu 19.32%.

Seterusnya adalah pelayar Microsoft Edge (2.74%) yang diikuti rapat Firefox (2.44%) dan Samsung Internet (2.18%).

Manakala pelayar Opera pula hanya menguasai sebanyak 1.49% sahaja.

Screen Shot 2024-01-03 at 4.22.23 PM

Di peringkat global juga tidak banyak yang berubah dengan kedudukan teratas dikuasai oleh Chrome, Safari, Edge dan Firefox.

Cuma sedikit berbeza ditangga ke 5 dan 6 di peringkat global di mana pelayar Opera mendahului Samsung Internet.

Screen Shot 2024-01-03 at 4.25.21 PM

Jadi, apakah aplikasi pelayar utama yang anda gunakan untuk semua peranti bagi melayari internet?

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April
  • Perisian Hasad Eksploitasi Kuki Untuk Godam Akaun Google
  • Microsoft Diam-Diam Menamakan Semula Pelayar Edge Untuk Android Dan iOS

Sumber: Stat Counter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY