Nipis Dan Ringan, HONOR Magic V2 Akan Tiba Di Malaysia

Baru-baru ini, syarikat telefon pintar HONOR Malaysia akan menampilkan HONOR Magic V2 di pasaran tempatan dengan jaminan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan pertama di dunia.



Dengan berat hanya 231 gram, HONOR Magic V2 ini menawarkan ketebalan 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm apabila dibuka. Telefon pintar ini juga dikatakan dapat disamakan ukuran ketebalannya dengan tiga kad kredit yang disusun secara bertindih.

Selain itu, Magic V2 ini juga dipasangkan dengan engsel aloi titanium bagi penglipatan yang tahan lama dengan kadar anggaran lipatan sebanyak 400,000 kali ataupun 10 tahun.

Bateri yang digunakan pula adalah bateri karbon silikon dengan kapasiti 5,000mAh serta digandingkan bersama sokongan sistem penyejukan VC Bionik Ultranipis daripada HONOR sendiri.

Apa-apa pun, nantikan harga rasminya di Malaysia.

{suggest}

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia