Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri vivo X100 Akan Tiba Di Malaysia Pada 3 Januari 2024

Siri vivo X100 Akan Tiba Di Malaysia Pada 3 Januari 2024

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Amal Addin

vivo Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar siri X100 untuk pasaran Malaysia. Tarikh pelancarannya adalah pada 3 Januari 2024. Namun, vivo Malaysia masih belum mengesahkan pelancaran tersebut akan dijalankan secara fizikal, maya atau kedua-duanya.

Untuk siri X100, vivo Malaysia akan membawa masuk varian standard dan Pro. Tidak seperti siri iQOO 12 yang hanya dibawa masuk varian standard sahaja.

Berkaitan

  • vivo Bekerjasama Dengan Sony Hasilkan Sensor Kamera 'Next-Gen'
  • Siri vivo X100 Dilancar, Telefon Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9300
  • (Reaksi Awal) iQOO 12 - 'Fon Gaming' Pertama Di Malaysia Guna Snapdragon 8 Gen 3
  • iQOO 12 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3399
  • Kini Anda Boleh Beli Telefon Pintar vivo Dengan SPayLater

Untuk pasaran tempatan, mungkin kedua-dua varian tersebut akan dikuasakan dengan cip Dimensity 9300 dan menggunakan reka bentuk yang sama.

Skrin yang digunakan pula LTPO AMOLED bersaiz 6.78 inci. Kadar resolusi adalah 2800 x 1260 piksel dengan kecerahan puncak 3,000 nits serta kadar segar semula 120Hz.

Siri vivo X100 Akan Tiba Di Malaysia Pada 3 Januari 2024

Berdasarkan pelancaran siri ini di China, model Pro didedahkan akan hadir dengan 4 lensa kamera. Lensa utama 50MP 1 inci, ultra lebar 50MP dan telefoto 64MP dengan zum optik 3x.

Untuk model standard pula, sama seperti Pro. Namun, apa yang berbeza adalah lensa utama 50MP saiz sensor berbeza dan lensa telefoto 50MP serta zum optik 4.3x.

Siri vivo X100 Akan Tiba Di Malaysia Pada 3 Januari 2024

Dari segi bateri pula, untuk model Pro, kapasiti bateri adalah 5400mAh dengan pengecasan pantas 120W USB-C. Untuk model standard, kapasiti bateri adalah lebih rendah iaitu 5000mAh sahaja dengan pengecasan 100W dan juga mendapat pengecasan tanpa wayar 50W.

Siri vivo X100 Akan Tiba Di Malaysia Pada 3 Januari 2024

Buat masa sekarang, harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan dan ia akan diberitahu sewaktu pelancarannya nanti.

Sumber: Facebook vivo, vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY