Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C85 5G Direka Dengan Ketahanan Diiktiraf Guinness World Records

realme C85 5G Direka Dengan Ketahanan Diiktiraf Guinness World Records

Diterbitkan Disember 8, 2025 oleh ainabatrisyia

Siri C85 5G yang bakal dilancarkan oleh realme hadir dengan rekaan kalis air yang diiktiraf GUINNESS WORLD RECORDS untuk kategori “Most People Performing a Mobile Phone Water-Resistance Test Simultaneously”.

Rekod ini disahkan di Cilandak Sports Center, Jakarta pada 20 November 2025. Ia menonjolkan inovasi teknologi kalis air relame dan menjadikan siri C85 ini sebagai pencetus perubahan untuk pengguna di Malaysia.

Untuk membuktikan ketahanan peranti ini, 280 peserta berbaris di tepi kolam dalam formasi seperti domino sambil masing-masing memegang realme C85. Mereka kemudiannya menenggelamkan telefon itu serentak selama dua minit.

Apabila semuanya diangkat pada masa yang sama, setiap peranti realme C85 ini mampu berfungsi tanpa sebarang masalah, sekali gus lulus penilaian ketat GUINNESS WORLD RECORDS.

Pencapaian ini menunjukkan kemampuan C85 menghubungkan komuniti dan mencipta pengalaman yang meraikan peranan teknologi dalam kehidupan harian.

Di sebalik kejayaan ini ialah standard kalis air baharu realme, IP69 Pro yang mengatasi pensijilan IP69K, IP69, IP68 dan IP66. Siri C85 ini direka untuk tahan 36 jenis cecair termasuk air kolam berklorin, air masin, dan tumpahan bahan rumah yang menghakis.

Peranti ini mampu berada pada kedalaman 6 meter sehingga 30 minit dan 60 hari pada kedalaman 0.5 meter. Semuanya sambil kekal berfungsi sepenuhnya dalam suhu antara 0°C hingga 85°C.

Telefon ini juga mematuhi standard ketenteraan MIL-STD-810H, membolehkannya bertahan daripada jatuhan setinggi 2 meter ke permukaan keras.

Rekod ini membuktikan bahawa ketahanan premium tidak lagi terhad kepada model flagship yang mahal.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • realme GT 8 Pro Kini Di Malaysia Dengan Harga RM4,299
  • realme GT 8 Pro VS Ricoh GR IIIx : Sejauh Mana Boleh Kejar Kamera Kompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY