realme kini secara rasmi melancarkan realme GT 8 Pro di Malaysia dengan harga RM4299 dan realme GT 8 Pro Dream Edition pada harga RM4699 serta Buds Clip pada harga promosi.

realme GT 8 Pro
Telefon pintar ini memperkenalkan sistem dekorasi kamera boleh tukar yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih pulau kamera yang tersedia dalam dekorasi Bulat, Segi Empat atau Robot.

Ia dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungkan dengan cip AI Hyper Vision+ yang mampu menyokong pelbagai permainan berskala tinggi secara serentak. Dibekalkan bateri berkapasiti 7000mAh dengan sokongan 120W pengecasan pantas serta 50W pengecasan tanpa wayar.
Hasil kolaborasi dengan RICOH, telefon pintar ini didatangkan dengan RICOH GR Camera System yang membolehkan pengguna memilih panjang fokus 28mm dan 40mm sebagai pilihan mereka. Ia juga hadir dengan 50MP untuk kamera utama, 50MP untuk kamera Ultra-Wide serta 200MP untuk kamera Telefoto.
realme GT 8 Pro ini telah diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Sabah sebagai Rakan Pengimejan Rasmi untuk kempen ‘realme Explore the Beauty of Sabah’. Ini adalah bertujuan untuk mempamerkan landskap alam semula jadi Sabah yang menakjubkan, warisan budaya dan pengalaman pelancongan melalui lensa realme GT 8 Pro.
realme GT 8 Pro Dream Edition

Edisi ini membawa identiti sukan permotoran tertinggi ke siri GT. Ia dibangunkan bersama Pasukan Aston Martin Aramco F1.

Bermula dengan pembungkusan edisi khas yang datang dengan kotak gaya perlumbaan. Ini menjadikan Dream Edition sebagai rekaan yang melambangkan semangat “Race Your Own Way”.

Telefon ini hadir dengan kekemasan berwarna Hijau ikonik Perlumbaan Aston Martin dengan aksen Lime Essence yang cerah. Ia juga menampilkan jata perak Aston Martin di tengah dan garis aliran aerodinamik yang menambah sentuhan kemewahan dan keaslian.
Konsep dekorasi kamera boleh tukar pula didatangkan dengan elemen perlumbaan berserta antara muka yang bertemakan F1, termasuk kertas dinding dinamik AMR25 dan mod GT bunyi trek.
realme Buds Clip

realme turut melancarkan earbud terbuka pertamanya yang direka untuk pengguna yang aktif. Ia menampilkan reka bentuk klip telinga inovatif dengan binaan seringan 5.3g. Rekaan ergonomik yang diperbuat daripada aloi titanium siap dengan Algoritma NextBass proprietari untuk kualiti bunyi yang dipertingkatkan.
Earbud ini tersedia sebagai pilihan pembelian-dengan-pembelian (PWP) pada RM299 sepanjang promosi khas Early bird GT 8 Pro.
Jualan pertama untuk realme GT 8 Pro dan Dream Edition adalah pada 29 November 2025 sehingga 1 Januari 2026.
Jika anda mendapatkan realme GT 8 Pro semasa pembelian Early Bird pada 11 hingga 28 November 2025, anda berpeluang untuk memenangi hadiah percuma bernilai sehingga RM1197. Untuk pembelian Dream Edition sepanjang promosi Early Bird pula, anda boleh memenangi hadiah percuma bernilai sehingga RM998.
{suggest}
