Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelanggan Microsoft Hadapi Lebih Daripada 600 Juta Serangan Siber Setiap Hari – Microsoft

Pelanggan Microsoft Hadapi Lebih Daripada 600 Juta Serangan Siber Setiap Hari – Microsoft

Diterbitkan Oktober 17, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft dalam Laporan Pertahanan Digital Microsoft tahunan kelimanya, yang merangkumi trend antara Julai 2023 dan Jun 2024 mendedahkan, pelanggan mereka menghadapi lebih daripada 600 juta serangan penjenayah siber termasuklah serangan siber terhadap negara setiap hari.

Bentuk serangan pula adalah pelbagai daripada perisian tebusan (ransomware) kepada pancingan data (phishing) kepada serangan identiti.

Microsoft menyatakan, sekali lagi pelaku ancaman melibatkan gabungan negara yang menunjukkan bahawa operasi siber — sama ada untuk pengintipan, kemusnahan atau pengaruh — memainkan peranan sokongan yang berterusan dalam konflik geopolitik yang lebih luas.

Malah dakwa Microsoft, mereka melihat semakin banyak bukti kumpulan jenayah siber dengan kumpulan negara yang berkongsi alat dan teknik penggodaman.

Contohnya, Microsoft menuduh serangan dari Iran dan Rusia menjadi yang paling aktif, di mana dijangkakan aktiviti ini akan terus meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang menjelang pilihan raya AS.

Dakwa Microsoft lagi, Iran memberi tumpuan yang ketara kepada Israel, terutamanya selepas meletusnya perang Israel-Hamas.

Microsoft berkata, penggodam Iran terus menyasarkan AS dan negara-negara Teluk, termasuk UAE dan Bahrain, sebahagiannya kerana normalisasi hubungan mereka dengan Israel.

Pelanggan Microsoft Hadapi Lebih Daripada 600 Juta Serangan Siber Setiap Hari – Microsoft
Contoh peralihan sasaran Iran berikutan permulaan konflik Israel-Hamas.

Microsoft juga melihat peningkatan sebanyak 2.75 kali ganda tahun ke tahun melibatkan serangan perisian tebusan (ransomware). Tetapi pada masa yang sama mereka mendapati terdapat penurunan tiga kali ganda dalam serangan tebusan yang mencapai peringkat penyulitan.

Manakala penipuan teknologi pula didapati melonjak sehingga 400% sejak 2022.

Microsoft berkata, pada tahun lalu, mereka memerhatikan peningkatan ketara dalam trafik penipuan teknologi dengan kekerapan harian melonjak daripada 7,000 pada 2023 kepada 100,000 pada 2024.

Pada tahun lalu juga Tahun lepas, Microsoft memaklumkan mereka mula melihat pelaku ancaman—kedua-dua penjenayah siber dan negara—bereksperimen dengan AI bagi mempelajari cara menggunakan kecekapan AI untuk menyasarkan mangsa menggunakan teks, imej, audio dan video.

Pelanggan Microsoft Hadapi Lebih Daripada 600 Juta Serangan Siber Setiap Hari – Microsoft

Microsoft menyimpulkan, peningkatan yang pesat ini menekankan keperluan untuk langkah keselamatan siber yang lebih tangkas dan berkesan.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Hati-Hati Dengan Cubaan 'Scam' Ambil Alih Akaun Gmail Ini
  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Wajibkan Tiga Tanggungjawab Utama

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY