Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri JBL Bar Dilancar Dengan Harga Bermula RM2,499

Posted on Disember 3, 2025

Siri pembesar suara terbaru JBL Bar, kini dilancarkan bagi membolehkan pengguna membawa pulang pengalaman pawagam ke rumah. Pembesar suara ini menggunakan teknologi yang diinspirasikan oleh sejarah dan kepakaran JBL yang kaya dalam bunyi pawagam.

JBL Bar 1300MK2

Dilengkapi dengan subwufer pemacu dwi-8 inci yang berkuasa dan dua pembesar suara tanpa wayar boleh tanggal.

Letakkan pembesar suara boleh tanggal di belakang anda untuk pengalaman imersif yang mengujakan atau bawa bersama anda dan sambungkannya dengan Bluetooth menikmati muzik di mana-mana sahaja.

Penggalak Bunyi AI dalam subwufer padat mampu memberikan bunyi yang berkuasa dengan kurang herotan. Enam pemacu peningkatan pula membawa bunyi ke tahap yang lebih tinggi dan memberikan bunyi keliling True Dolby Atmos® dan DTS:X 3D.

JBL juga melancarkan JBL One Commander, penyelesaian audio Dolby Atmos tanpa wayar yang membolehkan JBL Bar 1300MK2 ini disambungkan tanpa wayar dengan kebanyakan TV dan projektor.

JBL Bar 1000MK2

Menggunakan dua pemacu pengecas dan subwufer 10″. Ia juga dilengkapi pembesar suara belakang boleh tanggal yang mampu mencipta pengalaman bunyi True Dolby Atmos dan DTS:X 3D dalam pakej yang lebih padat.

 

JBL Bar 800MK2

Untuk ruang yang lebih kecil, pembesar suara ini sangat sesuai. Ia memberikan sentuhan hebat dengan pembesar suara bunyi keliling boleh tanggal serta Virtual Dolby Atmos bagi mewujudkan bunyi yang memenuhi bilik secara imersif.

JBL Bar 500MK2 & JBL Bar 300MK2

Dapatkan pembesar suara ini untuk meningkatkan lagi pengalaman pawagam rumah anda tanpa perlu berbelanja besar.

Semua model ini dikuasakan oleh JBL One Platform, iaitu ekosistem yang dibina untuk penstriman akses penuh dan pemperibadian mendalam. Ia membolehkan anda strim sebarang kandungan daripada mana-mana perkhidmatan muzik dan mana-mana peranti.

Termasuklah kandungan audio resolusi tinggi daripada kedua-dua Aplikasi JBL One dan aplikasi muzik langganan popular.

Gunakan aplikasi untuk menyesuaikan jalur EQ 7 untuk bunyi dan tetapan yang diperibadikan. Hanya dengan menekan butang “Moment” anda boleh memainkan lagu dan senarai main kegemaran anda. Semua produk One Platform menerima kemas kini perisian untuk ciri dan teknologi terkini.

Kini, anda boleh dapatkan Siri JBL Bar di semua pengedar sah seperti laman rasmi JBL, dan stor rasmi JBL di platform seperti Lazada dan Shopee. JBL Bar 1300MK2 akan diperkenalkan pada Januari 2026.

Ini adalah harga kesemua pembesar suara di dalam Siri JBL Bar:

  • JBL Bar 300MK2 – RM2499
  • JBL Bar 500MK2 – RM2999
  • JBL Bar 800MK2 – RM4499
  • JBL Bar 1000MK – RM5999
  • JBL Bar 1300MK2 – RM8999

Pada pelancaran, JBL Bar 1000MK2 dan 1300MK2 akan menampilkan DTS:X manakala, JBL Bar 800MK2, 500MK2 serta 300MK2 akan dinaik taraf dengan DTS Virtual :X melalui OTA pada akhir 2025.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress