Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jbl pool

JBL Grip Kini Tersedia Dengan Harga RM599

Diterbitkan November 25, 2025 oleh ainabatrisyia

Pembesar suara JBL Grip hadir dengan enam pilihan warna, iaitu hitam putih, ungu, merah, biru dan corak squad. Ia kini boleh didapatkan pada harga RM599.

jbl grab n go

Diperkenalkan dengan konsep ‘grab and go’ untuk membolehkan pengguna mendengar muzik pilihan di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan. Ia dibina menggunakan plastik kitar semula pasca pengguna dan pembungkusan kertas yang diperakui FSC. Walaupun direka dengan saiz yang kecil, ia mampu mengeluarkan bunyi yang cukup kuat.

jbl air
jbl lampu

Rekaannya disertakan cangkuk tali bersepadu yang mudah dipasang pada beg galas, basikal atau kayak dengan ketahanan IP68 yang tahan lasak, kalis air dan habuk. Terdapat juga lampu ambien pada panel belakang untuk pengguna menetapkan mood sesuai mengikut senarai main semasa. Pengguna boleh memuat turun aplikasi JBL Portable untuk melaraskan warna dan intensiti lampu tersebut.

JBL Grip ini juga dilengkapi AI Sound Boost untuk bass yang lebih berkuasa dan menganalisis muzik dalam masa nyata. Auracast pula diserta agar pengguna boleh mendapatkan bunyi stereo atau menyambungkan berbilang pembesar suara.

Ia juga menggabungkan JBL Pro Sound dengan output 16W.

Masa main sehingga 12 jam boleh ditambah 2 jam lagi dengan pengaktifan Playtime Boost. Prestasi pembesar suara akan dioptimumkan untuk bunyi yang lebih kuat dan jelas.

JBL Grip boleh didapatkan di laman rasmi JBL dan stor rasminya di platform Shoppe dan Lazada.

Berkaitan

  • 5 'Soundbar' JBL Masuk Pasaran Tempatan - JBL Bar 300, 500, 800, 1000 Dan 1300
  • JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 - 8 Tahun
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY