Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (9)

JBL Perkenal Pembesar Suara ‘PartyBox’ Baharu, Harga Bermula RM2,099

Diterbitkan November 28, 2025 oleh ainabatrisyia

Barisan JBL PartyBox terkini kini diperkenalkan oleh JBL. Direka untuk memeriahkan sebarang sambutan dengan bunyi yang berkuasa, pertunjukan cahaya yang menarik dan ketersambungan berbilang pembesar suara yang lancar.

JBL PartyBox 520

Merupakan salah satu pembesar suara berkuasa untuk perhimpunan besar yang mahukan persembahan hebat.

JBL Perkenal Pembesar Suara ‘PartyBox’ Baharu, Harga Bermula RM2,099
JBL Perkenal Pembesar Suara ‘PartyBox’ Baharu, Harga Bermula RM2,099

Direka dengan bentuk kalis percikan IPX4 dan pemegang teleskopik yang tahan lasak. Ia didatangkan dengan roda yang lebih lebar dan kukuh untuk memudahkan dibawa ke mana sahaja.

Ia menawarkan 15 jam masa main dengan sekali cas. Bateri yang dibekalkan boleh diganti serta dihadirkan dengan pengecasan pantas. Ini membolehkan muzik dimainkan tanpa gangguan.

AI Sound Boost disertakan bagi menganalisis isyarat muzik dalam masa nyata untuk mengoptimumkan pemacu. Auracast pula membolehkannya disambungkan ke pembesar suara JBL lain yang turut didayakan oleh Auracast bagi mewujudkan bunyi yang memenuhi ruang.

JBL PartyBox Encore 2

Sebuah pembesar suara yang mampu memberikan bunyi berkualiti tinggi yang sama namun kini dalam reka bentuk yang padat dan mudah dibawa.

580969-JBL PartyBox Encore 2 lifestyle (1)-1aac32-original-1741370134
580968-JBL PartyBox Encore 2 lifestyle (2)-d62741-original-1741370134

Pembesar suara ini menampilkan Bluetooth 5.4 dengan LE Audio untuk kualiti penstriman yang tinggi serta dilengkapi dengan pemegang ergonomik yang direka semula. Ia juga didatangkan dengan dua mikrofon tanpa wayar bagi menyediakan pengalaman karaoke yang memuaskan.

Hayat bateri tahan sehingga 15 jam, disertakan dengan pengecasan pantas 10 minit yang memberikan tambahan 80 minit main balik. Dengan ini pesta atau majlis boleh diteruskan di mana sahaja.

JBL PartyBox terbaru ini tersedia dengan harga bermula RM2,099 hingga RM3,599. Boleh didapatkan dari semua pengedar sah seperti laman rasmi JBL serta stor rasmi JBL di platform Shopee dan Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rasai Pengalaman Audio Di Jerayawara JBL Rewind Revolution
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • JBL Grip Kini Tersedia Dengan Harga RM599

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY