Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri iQOO Z9 5G Rasmi – Snapdragon 7 Gen 3, Harga Bermula RM999

Posted on Mei 9, 2024Mei 9, 2024

Selepas iQOO Malaysia mengumumkan ketersediaan siri iQOO Z9 5G dengan harga promosi pada bulan lepas, siri peranti mudah alih itu kini dilancar secara rasmi dengan harga sebenar.

Dalam artikel ini akan tersedia spesifikasi penuh untuk produk tersebut.

iQOO Z9 5G

Model ini menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3 dengan sokongan pilihan memori 8GB/12GB RAM dan 256GB storan. Ia juga akan menjalankan Funtouch OS 14.

Skrin telefon ini pula hadir dengan jenis AMOLED bersaiz 6.78 inci pada kadar segar semula 144Hz dan resolusi 2800 x 1260.

Kameranya pula terdiri daripada utama 50MP Sony IMX882 AF, bokeh 2MP dan swafoto 16MP.

Baterinya hadir dengan kapasiti 6,000mAh dan pengecasan pantas 80W.

Lain-lain ciri yang diterapkan seperti NFC, penarafan IP64, Bluetooth 5.4, USB-C 2.0 dan dwi-slot nano SIM.

Harga rasmi iQOO Z9 adalah seperti di bawah.

  • 8GB + 256GB = RM1,399
  • 12GB + 256GB = RM1,499

iQOO Z9x 5G

Telefon ini dikuaskan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 serta disokong pilihan memori 8GB/12GB RAM dan storan 128GB/256GB. Model ini juga menjalankan Funtouch OS 14.

Untuk bahagian skrin, iQOO Z9x menggunakan paparan jenis LCD 6.72 inci yang berkadar segar semula 120Hz dan mempunyai resolusi 2408 x 1080. Skrin model ini juga dilengkapi dengan ciri Eye Care 1000 nits dan TUV Rheinland Low Blue Light.

Kamera telefon ini pula hadir dengan lensa utama 50MP AF, bokeh 2MP dan swafoto 8MP.

Baterinya hadir dengan kapasiti 6,000mAh dan pengecasan 44W.

Ciri lain yang tersedia adalah seperti pembesar suara stereo, NFC, penarafan IP64, Bluetooth 5.1, USB-C 2.0 dan dwi-slot nano SIM.

Harga rasmi adalah seperti di bawah.

  • 8GB + 128GB = RM999
  • 8GB + 256GB = RM1,099
  • 12GB + 256GB = RM1,199

Beli siri iQOO Z9 di:

Shopee – https://invl.io/cll254m

Lazada – https://invol.co/cll254n

{suggest}

Sumber: Siaran Media vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress