Berikutan dengan pemberitahuan potongan harga sebanyak RM1,000 untuk siri iQOO Z9 5G yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 9 Mei 2024 kelak, harga promosi itu telah pun ditawarkan dari 25 April 2024 hingga 8 Mei 2024 yang akan datang.
Sebagai imbas kembali, model Z9 hadir dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz dan bateri 6,000mAh yang disokong pengecasan 80W.
Manakala, model Z9x pula lengkap dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, paparan berkadar segar semula 120Hz, bateri 6,000mAh dan pengecasan 44W.
Harga yang ditetapkan untuk siri iQOO Z9 ini adalah berlainan untuk setiap gedung dalam talian seperti yang dinyatakan di bawah.
Shopee
- iQOO Z9 5G = RM1,333
- iQOO Z9x 5G = RM1,047
- iQOO Z9x 5G (8GB + 128GB) = RM879
Lazada
- iQOO Z9 5G = RM1,399
- iQOO Z9x 5G = RM1,099
Beli siri iQOO Z9 5G ini melalui gedung dalam talian di bawah.
Shopee – https://invl.io/cll254m
Lazada – https://invol.co/cll254n
Sumber: Siaran Media iQOO Malaysia


