Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei p60

Siri Huawei P60 Dijangka Bakal Dilancar Mac Depan

Diterbitkan Januari 11, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Telefon flagship Huawei P50 masih ‘segar’ lagi dikeluarkan oleh Huawei namun syarikat tersebut dikhabarkan bakal melancarkan siri P yang seterusnya.

Siri Huawei P60 dan P60 Pro dijangka akan hadir pada Mac ini dengan kualiti kamera, skrin dan jangka hayat bateri yang dipertingkatkan.

Huawei P60

Ciri Dan Spesifikasi

Siri baharu ini dikatakan hadir dengan paparan OLED 6.6 inci berkadar segar semula 120Hz. Resolusinya untuk kali ini adalah 1440 x 3200px berbanding daripada P50 Pro di mana hanya 1228 x 2700px.

Ia menggunakan kemalapan PWM (1,920Hz) yang berfrekuensi tinggi. Panel paparan tersebut akan disalurkan dari BOE dan terdapat kamera swafoto 32MP.

Kamera belakang peranti tersebut mungkin dilengkapi dengan sensor utama 50MP (Sony IMX888).

Selain itu, lensa ultra lebar pula akan dinaik taraf kepada sensor 50MP (berkemungkinan IMX888 yang dinaikkan kepada 13MP).

Bagi kamera telefoto pula masih lagi dikekalkan dengan sensor 64MP (OmniVision OV64B).

Untuk siri Huawei P60 yang biasa, ciri-ciri yang diberikan akan menjadi sedikit berlainan.

Kamera utamanya mungkin menggunakan 52MP IMX789, sensor 1/1.35″ berserta dengan pixel 1.12µm.

Kamera tersebut akan dipadankan dengan ultra lebar 50MP (IMX858) dan kamera telefoto 16MP.

A new design language for the P60 series
Sumber: GSMArena

Kamera untuk kedua-dua telefon ini akan berdasarkan sistem pengimejan XMAGE. Malah, kepelbagaian apertur yang sebelum ini terlihat di dalam siri Mate P50 Pro akan kelihatan pada siri telefon baharu ini.

Siri P60 Pro dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 versi 4G.

Peranti ini juga dikatakan mempunyai bateri berkuasa 5,500mAh dengan pengecasan 100W dan 50W untuk wayarles.

Untuk perbandingan, Huawei P50 Pro dilengkapi dengan Snapdragon 888 4G dan bateri berkuasa 4,360mAh bersama pengecasan 66W/50W.

Huawei P60 Pro masih lagi memiliki beberapa ciri seperti Mate 50 seperti gelas Kunlun yang kalis debu dan air.

Namun, siri peranti ini sepatutnya sudah mula menyokong komunikasi satelit daripada menggunakan BeiDou kerana sokongan akan menjadi terhad apabila berada di luar China.

Berkaitan

  • Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked 2023 Pada 2 Februari
  • Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT
  • Apple Dilapor Akan Mula Beralih Kepada Skrin Tersuai Sendiri Pada 2024
  • Tiru TikTok, Twitter Bawakan Tab 'For You' Ke Susur Masa
  • Michelle Yeoh Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Filem Komedi Di Golden Globe Awards 2023

Huawei masih belum lagi menetapkan tarikh pelancaran rasmi walaupun sudah mengesahkan kehadiran siri P60.

Tetapi pengguna pasti dapat melihat pengumuman rasmi daripada syarikat tersebut dalam masa terdekat.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY