Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13

Tinjauan Mendapati Lebih Daripada 40% Pengguna iPhone Mahu Memiliki Model Terbaru iPhone 13

Diterbitkan Ogos 10, 2021 oleh ariff bukhari

Laman analisis SellCell telah membuat satu kaji selidik bagi mengetahui berapa ramaikah pengguna iPhone sedia ada ketika ini mahu memiliki model terbaru iPhone 13 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Daripada kaji selidik itu mereka mendapati sebanyak 43.7% pengguna iPhone tersebut merancang untuk memiliki iPhone 13 sebaik ia dilancarkan nanti.

Kaji selidik yang dibuat secara atas talian itu melibatkan lebih daripada 3,000 pengguna iPhone di Amerika Syarikat yang berumur dari 18 tahun dan ke atas.

Selain dari itu, antara data menarik lain yang diperolehi dari tinjauan itu adalah 1 daripada 5 pengguna Apple didapati fobia dengan nombor 13 (triskaidekaphobic).

Malah penyelidik mendapati 74% pengguna lebih sukakan Apple menamakan  iPhone 13 yang akan dilancarkan kepada nama yang lain.

Apple dijangka untuk melancarkan model iPhone baharu yang mungkin dinamakan iPhone 13 sekitar bulan September ini.

Sumber: SellCell

Baca juga: Akhirnya 2 Ciri Yang Amat Ditunggu-Tunggu Peminat iPhone Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

iPhone 13 Mungkin Bawa Ciri Dari Apple Watch Dan iPad Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY