Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicBook X15 KV

HONOR MagicBook X 15 Secara Rasminya Dilancarkan, Berharga Dari RM2,299.00

Diterbitkan Jun 18, 2021 · Dikemas kini Jun 18, 2021 oleh ariff bukhari

HONOR Malaysia telah melancarkan dua lagi komputer riba
siri baru iaitu HONOR MagicBook X 15 untuk pasaran tempatan.

Hadir dengan kerangka badan logam yang ringan dan nipis, HONOR MagicBook X 15 hanya ditawarkan dalam warna Space Gray sahaja.

Ia dilengkapi dengan skrin paparan penuh 15.6 inci, dikuasakan oleh cip pemprosesan Generasi ke-10 Intel Core i3 atau i5 dan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 42Wh.

Selain itu, HONOR MagicBook X 15 juga dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 serta storan dalaman pantas PCIe NVMe SSD berkapasiti sehingga 512GB.

HONOR MagicBook X 15 At A Glance

Sempena jualannya YANG akan bermula pada 19 Jun ini, pihak HONOR menawarkan hadiah percuma menarik kepada pembeli terawal siri komputer riba HONOR MagicBook X 15 yang boleh dibeli melalui stor fizikal HONOR Experience Stores, stor atas talian Shopee HONOR Official Store dan penjual
sah HONOR di seluruh negara.

HONOR MagicBook X 15 ditawarkan pada harga RM2,299.00 bagi model yang menggunakan cip Generasi ke-10 Intel Core i3 dan RM2,899.00 bagi model dengan cip Generasi ke-10 Intel Core i5.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY