Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor 90 pro kamera

Siri HONOR 90 Rasmi – 200MP, PWM Dimming 3840Hz

Diterbitkan Mei 29, 2023 · Dikemas kini Mei 29, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

HONOR 90 Pro dan HONOR 90 telah selamat diluncurkan di China.

Di Malaysia, kita telah menerima HONOR 70 tahun lalu namun tidak untuk HONOR 80.

Ada kemungkinan siri terbaru akan dijual untuk pasaran tempatan kerana ia sudah disahkan akan tersedia secara global.

Kedua-duanya jalankan MagicOS 7.1 (Android 13), sokong 5G dan ada PWM Dimming setinggi 3840Hz.

HONOR 90 Pro

honor 90 pro china

  • Snapdragon 8+ Gen 1
  • 12/256GB, 16/256GB, 16/512GB
  • 6.78″ AMOLED 120Hz, 2700 x 1244
  • 200MP, 12MP sudut lebar, 32MP telefoto
  • 50MP swafoto
  • 5000mAh (100W)

honor 90 pro kamera

Kameranya mampu zum sehingga 50X dalam digital dan mampu rakam 4K dengan EIS.

Paparan berlubang di hadapan merumahkan lensa swafoto dan sebuah sensor kedalaman.

Di China, harganya bermula 3299 yuan iaitu sekitar RM2150.

HONOR 90

honor 90 pro china

  • Snapdragon 7 Gen 1
  • 12/256GB, 16/256GB, 16/512GB
  • 6.7″ AMOLED 120Hz, 2664 x 1200
  • 200MP, 12MP sudut lebar, 2MP kedalaman
  • 50MP swafoto
  • 5000mAh (66W)

Dari segi rekaan, benda ketara kita dapat lihat ialah reka bentuk kameranya di mana HONOR 90 kamera bulat manakala 90 Pro lebih petak, diinspirasi bentuk berlian.

honor 90 pro cas

Kameranya mampu zum sehingga 10X dalam digital dan mampu rakam 4K dengan EIS.

honor 90 rasmi china

Model ini datang dengan skrin melengkung and kamera swafotonya terletak di tengah skrin.

Di China, harganya bermula pada 2499 yuan bersamaan ~RM1630.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya di Malaysia kelak.

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Aplikasi MAE Kini Berwajah Baharu

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY