Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Honor 100 Dijangka Dilancar Lewat Bulan Ini

Siri Honor 100 Dijangka Dilancar Lewat Bulan Ini

Diterbitkan November 7, 2023 oleh Amal Addin

Huawei, OPPO, vivo dan iQOO sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon sub-andalan mereka, seperti barisan Nova 12, siri Reno 11, barisan Vivo S18 dan siri iQOO Neo 9.

Honor juga tidak mahu ketinggalan. Mereka sedang mengusahakan siri Honor 100. Siri tersebut dikatakan bakal dilancarkan pada bulan (November) di China.

Honor baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan iaitu Honor Play 8T di China. Mereka juga akan mengumumkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan lewat minggu ini.

Jenama itu juga sedang mengusahakan siri Honor 100 dan Honor X50 GT pada tahun ini. Siri Honor 100 ini akan menampilkan dwi kamera hadapan dengan reka bentuk smart islandĀ dan modul kamera belakang berbentuk bulat.

Siri ini juga bakal dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan skrinnya akan menyokong resolusi 1.5K.

Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa siri Honor 100 akan hadir dengan tiga jenis model iaitu Honor 100, Honor 100 Pro dan Honor 100 GT. Terdapat perkara yang telah didedahkan oleh Digital Chat StationĀ bahawa pihak Honor telah menguji secara dalaman siri Honor 100 pada bulan Oktober dan akan dilancarkan pada bulan November.

Walaupun ia dijangka dilancarkan pada bulan ini, namun spesifikasi ketiga-tiga model Honor 100 masih tidak didedahkan secara terperinci.

Berkaitan

  • Siri HONOR 90 Rasmi - 200MP, PWM Dimming 3840Hz
  • HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099
  • HONOR V Purse - "Dompet Digital" Tapi Boleh Dipegang Secara Fizikal
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Honor X9b Tiba Di Malaysia 1 November, Peranti Kalis Peluru Paintball

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY