Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri asus zenfone 7

Siri ASUS Zenfone 7 Akan Diperkenal Pada 26 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 18, 2020 · Dikemas kini Ogos 18, 2020 oleh Amalina Athman

ASUS kini mengesahkan pelancaran siri Zenfone 7 adalah pada minggu hadapan, 26 Ogos. Acara pelancaran tersebut akan diadakan di Taiwan serta secara penstriman langsung melalui saluran rasmi Youtube ASUS pada jam 2 petang.

Dua model dijangka akan dilancarkan pada acara tersebut, dengan satunya adalah versi Pro yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865+. Peranti ini juga dikatakan bakal hadir dengan paparan 6.7 inci, kapasiti bateri 5000mAh serta sokongan pengecasan pantas 30W.

Berdasarkan laporan, kedua-dua peranti ini akan dimuatkan dengan kamera flip seperti siri sebelumnya. Melalui imej thumbnail yang disertakan pada penstriman langsung tersebut, kemungkinan ia dilengkapi dengan tetapan 4 kamera.

Terdahulu, Zenfone 7 muncul dalam penyenaraian Geekbench dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan RAM 16GB.

Menjelang pelancaran yang akan berlangsung pada 26 Ogos ini, dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY