Asus ZenFone 6 Rasmi Dilengkapi Kamera Flip, Bateri 5000mAh Dan Snapdragon 855

Menambah satu lagi peranti dengan mekanisme kamera hadapan yang unik, ASUS ZenFone 6 kini rasmi dilancarkan.

Seperti kebanyakkan peranti flagship 2019 lain, ZenFone 6 tampil dengan cip Snapdragon 855, RAM 6GB/64GB, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB yang juga diberikan sokongan kad mikroSD dengan satu slot khas. Bagi kad SIM pula, ia disediakan dengan dua slot SIM nano.



Menariknya lagi, ASUS membekalkan peranti ini dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang akan diisi dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB-C.

Keunikan peranti ini terselah pada bahagian kameranya dimana ia dilengkapid dengan dwi lensa flip yang berfungsi untuk rakaman hadapan serta belakang.



Lensa utama menggunakan 48MP (Sony IMX586) sementara 13MP sebagai rakaman ultra lebar. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang berada dibawah tetapan kamera tersebut.



Sebelah hadapan dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.



Asus ZenFone 6 dilancarkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu pada tanda harga €499 (~RM2328), €559 (~RM2608) dan €599 (~RM2794) mengikut variasi storan yang ditawarkan.

Ketika ini, kita masih belum mengetahui sama ada ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun tidak.