Singapura Mulakan Operasi Teksi Tanpa Pemandu Pertama Di Dunia











Perkhidmatan teksi tanpa pemandu yang
pertama didunia sudah memulakan operasinya Khamis lepas di Singapura menurut
nuTonomy, syarikat pengendali teksi tersebut.




Kenderaan tersebut sudah melalui beberapa
fasa percubaan sejak beberapa tahun lepas dan pada Khamis yang lalu ia telah
mula bergerak ke kawasan perniagaan dan perumahan.




Perkhidmatan itu bagaimanapun hanya terhad
kepada mengambil dan menurunkan penumpang ke destinasi yang spesifik sahaja.
Setakat ini, syarikat pengendali perkhidmatan teksi itu berpuas hati dengan
maklum balas dari penumpang. Buat masa ini hanya terdapat 6 buah teksi tanpa
pemandu yang beroperasi dan nuTonomy merancang untuk melebarkan operasi ke
seluruh SIngapura menjelang 2018.








Walaupun dipanggil teksi tanpa pemandu,
secara realitinya terdapat seseorang yang akan berada di tempat duduk pemandu bersiap
sedia mengawal stering jika berlaku perkara yang tidak diingini. Seorang
penyelidik juga akan duduk di bahagian belakang untuk mengawasi sistem komputer
kenderaan. Teksi itu dilengkapi dengan 6 set Lidar – sistem pengesan yang
berfungsi seakan-akan radar. Di bahagian dashboard
diletakkan dua buah kamera berfungsi mengesan sebarang objek diatas jalan
serta melihat perubahan lampu isyarat.








Perkhidmatan teksi tanpa pemandu ini pasti
memberi tamparan hebat kepada pengusaha teksi serta beberapa perkhimatan menghantar
penumpang lain seperti Uber dan Grabcar.