Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phone call 2

“Silent Call”, Scam Atau Tidak Sengaja? Ini Anda Patut Tahu

Diterbitkan November 28, 2025 · Dikemas kini November 28, 2025 oleh ainabatrisyia

Anda pasti pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan apabila diangkat, tiada respons yang diterima dari pihak pemanggil. Inilah “Panggilan Senyap” atau lebih dikenali sebagai “Silent Call“.

Ramai yang menganggap panggilan seperti ini hanyalah panggilan yang tidak disengajakan dan tidak berbahaya. Mahupun begitu, anda patut berhati-hati dengan panggilan seperti ini. Ada kalanya, panggilan senyap ini adalah panggilan daripada scammer.

Scammer sering menggunakan panggilan ini untuk mengumpul data seperti:

  • Memastikan nombor adalah nombor telefon aktif.
  • Menguji kepantasan respons mangsa.
  • Merakam, atau mengecamkan suara mangsa.

Terdapat kes di mana selepas menerima panggilan senyap, mangsa menerima mesej mengatakan  bahawa akaun bank akan digantung dan diminta untuk menghubungi nombor yang tertera. Terdapat juga kes di mana mangsa menerima mesej yang mengandungi pautan palsu.

Apa Patut Anda Lakukan?

Jika anda menerima sebarang panggilan dari nombor yang tidak dikenali, anda dinasihatkan untuk tidak memulakan perbualan walaupun dengan kata ‘hello’. Biarkan pihak pemanggil memulakan perbualan terlebih dahulu. Ini kerana, mereka hanya memerlukan 3 saat untuk mengklonkan suara anda menggunakan teknologi AI.

Scammer boleh gunakan suara anda untuk pelbagai jenis penipuan. Antaranya adalah:

  • Membuat panggilan palsu untuk memperdaya ahli keluarga anda.
  • Mengakses akaun bank anda yang menggunakan pengesahan suara.
  • Menghantar rakaman suara palsu kepada kenalan anda untuk mendapatkan duit.
  • Mengklonkan suara boss untuk meminta staf memindahkan duit.

Encik Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia menasihati seeloknya panggilan tersebut tidak diangkat atau terus diputuskan taliannya. Dengan ini, ia dapat mengelak scammer atau robocalls dari menandakan nombor anda sebagai nombor aktif.

Walau bagaimanapun, beliau faham ada di antara anda yang risau jika panggilan tersebut adalah panggilan kecemasan. Tapi, jika ia adalah panggilan penting, pemanggil mesti akan cuba menghubungi lagi atau menghantar mesej susulan, tambahnya lagi.

Langkah berjaga-jaga

Pastikan anda mengaktifkan pengesahan dwi-faktor (2FA) pada setiap akaun media sosial anda. Selain itu, anda juga boleh muat turun aplikasi seperti Truecaller, Whoscall atau Getcontact untuk mengenal pasti panggilan scammer.

Anda juga perlu berwaspada dengan panggilan daripada nombor antarabangsa yang panjang. Terus meletakkan telefon jika anda tidak mendengar sebarang bunyi dari panggilan yang diangkat.

Bukan semua panggilan senyap ini adalah penipuan, namun ia boleh menjadi langkah pertama untuk anda ditipu.

Berkaitan

  • Aplikasi Truecaller Akan Dipasang Siap-Siap Dalam Telefon Android Di Malaysia
  • Whoscall Perkenal Sistem Ganjaran & Misi - Lapor Scam Dapat Mata
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Telco Caj Perlindungan Scam: MCMC Diarah Kenal Pasti, Minta Penjelasan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY