Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram App

Signal Kritik Telegram, Katanya Facebook Jauh Lebih Selamat

Diterbitkan Disember 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Telegram, sebuah aplikasi permesejan yang semakin hari semakin banyak menerima penambahan fungsi baharu. Ia juga meletakkan aplikasi mereka jauh lebih kehadapan berbanding pesaingnya yang lain.

Namun, setiap aplikasi pasti akan ada yang tidak senang duduk dengan kemajuan tersebut. Ini kerana pengasas aplikasi serupa, Signal mengkritik Telegram dengan mendakwa Telegram tidak selamat.

Katanya, Telegram mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik tetapi kekurangan satu perkara, iaitu penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption). Setiap mesej yang disimpan di pelayan Telegram, ia akan tersimpan dalam bentuk asli dan tiada ‘benda’ yang melindungi data tersebut.

Tambah pengasas Signal Moxie Marlinspike, WhatsApp yang dilanda kontroversi pun mempunyai privasi jauh lebih baik berbanding Telegram.

Here's a simple test: delete Telegram, install it on a brand new phone, and register with your number. You will immediately see all your conversation history, all of your contacts, all the media you've shared, all of your groups. How? It was all on their servers, in plaintext

3/

— Moxie Marlinspike (@moxie) December 23, 2021

Selain itu, walaupun “secret chat” yang ada di Telegram mempunyai protokol penyulitan hujung-ke-hujung, ia tidak sentiasa diaktifkan secara lalai pada mesej yang biasa. Malah, pada Facebook Messenger, pengguna boleh mengaktifkan penyulitan data secara manual.

Pada asasnya, Telegram lebih mudah terdedah kepada penggodam atau pekerja Telegram sendiri kerana ia mudah diakses. Biarpun begitu, pengguna tidak bercakap sangat tentang perkara ini memandangkan mereka cenderung untuk mempercayai Telegram.

Sumber: winfuture

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer

  • Telegram Bakal Tawar Fungsi Sembunyikan ‘Spoiler’ Filem

  • Mengejutkan, TikTok Atasi Google Untuk Laman Paling Banyak Dilawati 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY