Siap Sedia, Jujutsu Kaisen Ada Dalam PUBG Mobile Mulai Hari Ini

Bagi pemain permainan popular mudah alih PUBG Mobile, hari ini mungkin hari yang ditunggu-tunggu kerana PUBG telah melancarkan kerjasama bersama dengan anime popular iaitu Jujutsu Kaisen.

Bermula hari ini, Jujutsu Kaisen telah mendarat di Erangel dan Livik. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai acara yang berlangsung selama sebulan ini untuk mendapatkan item-item menarik.

Anda juga boleh mendapatkan skin melalui Cosplay Sets untuk karakter utama Jujutsu Kaisen seperti Itadori Yuji, Fushiguro Megumi, Kugisaki Nobara dan Gojo Satoru.



Pemain boleh bertarung dengan memilih "Ranked Theme Mode" untuk peta Erangel mahupun Livik. Dalam setiap peta juga, pemain boleh menjumpai Crate Barang Sumpahan yang mengandungi jari Raja Semangat Sumpahan, Sukuna. Cari dan kumpul jari-jari Sukuna untuk menerima ganjaran dan pencapaian istimewa.

Cursed Corpses juga akan muncul dalam peta mod tema ini. Anda juga boleh memanggil Bos Cursed Corpse menggunakan item rare Bom Cursed Corpse. Kalahkannya untuk mendapat bekalan yang boleh membantu anda untuk Chicken Dinner.

Anda juga boleh mendapat ganjaran istimewa Jujutsu Kaisen dengan mengumpul Exploration Progress sepanjang event ini dengan main pada mod klasik. Jika anda main pada mod tema Jujutsu Kaisen, anda akan mendapat Exploration Progress yang lebih banyak.

Acara Jujutsu Kaisen ini bermula hari ini, 15 Februari hingga 15 Mac 2022. Pastikan anda tidak telepas acara menarik ini.

Untuk muat turun anda boleh pergi ke AppStore atau Play Store.

Sumber: Siaran Akhbar PUBG Mobile

Baca juga: