Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sharp Aquos R9 Pro, Telefon Dengan Sensor Kamera 1/0.98″ Dan Skrin 240Hz

Posted on November 7, 2024November 7, 2024

Pada lewat Oktober lepas, Sharp telah mengumumkan versi pro bagi siri Aquos R9.

Sama seperti sebelumnya, model baharu ini hanya akan dilancarkan bermula di Jepun dahulu (pada bulan Disember) sebelum tersedia untuk pasaran luar yang lain.

Bagi versi Sharp Aquos R9 pro, ia mempunyai tetapan tiga kamera 50.3MP di belakang yang digelar sistem kamera Vario-Summicron, dibangunkan di bawah pengawasan Leica.

Tetapan kamera termasuk kanta telefoto 65mm (f/2.6). Kamera ini menawarkan pembesaran optik 2.8x dan boleh mencapai zum digital sehingga 20x.

Ia berdasarkan sensor 1/1.56″ yang agak besar dengan sokongan Dolby Vision untuk merakam video dengan ciri Penstabilan Imej Optik (OIS).

Kamera utama 50.3MP Aquos R9 pro mempunyai sensor besar 1/0.98″ di dalamnya, lebih besar daripada sensor 1 inci yang diguna dalam beberapa model andalan lain. Kamera ini mempunyai lensa 23mm (86°) f/1.8 dengan OIS. Cincin kameranya juga boleh memuatkan aksesori seperti ND atau penapis untuk kamera.

Tetapan bagi kamera ketiga di bahagian belakangnya pula ialah kamera ultra lebar 50.3MP dengan lensa 13mm (122°, f/2.2), yang juga boleh menangkap imej makro.

Akhir sekali, kamera hadapan 50.3MP dengan kanta 23mm f/2.2 (84°).

Sharp Aquos R9 pro dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 512GB.

Di bahagian paparan pula, ia menggunakan panel skrin Pro IGZO OLED QHD+ bersaiz 6.7″ (1,440 x 3,120px) dengan kadar segar dari 1Hz hingga 240Hz dengan ciri pengimbas cap jari ultrasonik Qualcomm terbina.

Lain-lain seperti bateri 5000mAh, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan penarafan IPX5/IPX8/IP6X.

Sharp Aquos R9 pro dilancarkan dengan Android 14 dan akan menyokong sehingga 3 kemas kini OS serta sokongan keselamatan selama 5 tahun.

Sharp juga akan menjual sarung yang menarik dengan tali bahu untuk membawa R9 pro seperti kamera sebenar.

Sharp Aquos R9 pro dilancarkan di Jepun menerusi DoCoMo sebagai rakan kongsi pembekal, sementara kedai dalam talian belum menyenaraikan harga jualannya lagi.

Jualan di Jepun dijangka bermula pada awal Disember 2024, diikuti dengan keluaran model untuk pasaran global di Taiwan, Indonesia dan Singapura.

{suggest}

Sumber: Sharp Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress