Setelah Curi Data Pengguna Twitter, Penggodam Mahu Elon Membelinya Semula

Kehadiran Elon Musk di dalam syarikat Twitter sudah cukup mendatangkan pelbagai isu dan konflik. Kini, serangan siber pula muncul dan telah mencuri 400 juta data pengguna media sosial tersebut.

Penggodam yang bertanggungjawab ke atas kecurian akaun-akaun ini kemudian telah menjualnya di dalam sebuah forum.

https://twitter.com/RockHudsonRock/status/1606644986363400193?s=20&t=G_8noJT-EpC9o0aTRrd5Tg

Penjual dengan nama Ryushi itu memaklumkan kandungan pangkalan data ini adalah termasuk maklumat peribadi pengguna.

Untuk mengukuhkan lagi pernyataan tersebut, Ryushi telah menyediakan sampel di mana mengandungi 1,000 akaun yang telah dicuri maklumatnya.

{suggest}

Majoriti pemilik akaun ini terdiri daripada selebriti, ahli politik, serta syarikat berjenama. Penjual tersebut juga telah menjemput Elon Musk untuk membeli data berkenaan secara eksklusif untuk mengelakkan saman GDPR (General Data Protection Regulation) daripada EU.

The hacker's post in the Breached forum. Source: BleepingComputer

Buat masa ini, agak mustahil untuk mengesahkan kesahihan bilangan pangkalan data pengguna yang terdapat di dalamnya. Namun, Hudson Rock menyatakan bahawa data yang ditunjukkan sebelum ini berkemungkinan sah dan tulen.

Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan pangkalan data di mana-mana akaun media sosial.

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menggunakan kaedah pengesahan dua faktor serta tidak menekan sebarang pautan yang diberikan secara sebarangan sahaja.

Sumber: Twitter