Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok nepal

Dewan Perwakilan AS Haramkan TikTok Pada Peranti Milik Kerajaan

Diterbitkan Disember 28, 2022 · Dikemas kini Disember 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pejabat Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa aplikasi TikTok diharamkan daripada semua peranti diuruskan Dewan Perwakilan, melibatkan ahli dewan dan semua kakitangan.

Ini bermakna jika TikTok sudah pun terpasang, maka ia perlu dinyah pasang serta tidak dibenarkan dimuat turun lagi selepas ini.

Berkaitan

  • Lebih 1,000 Kandungan Provokatif Di TikTok Disekat Secara Automatik Selepas PRU15 - Fahmi Fadzil
  • #YearOnTikTok2022 - Ini Pempengaruh Dan Trend Tersohor Sepanjang Tahun Ini
  • Didakwa Beri Ancaman, Pengarah CIA Suruh Berhati-Hati Dengan TikTok
  • ByteDance Akui Ada Pekerja Akses Data Pengguna TikTok Secara Salah, Ini Punca Dan Apa Terjadi Selepasnya

Menurut Ketua Pegawai Tadbir Dewan, sekatan ini dikenakan atas faktor keselamatan yang berisiko tinggi.

Setakat minggu lalu, 19 daripada 50 negeri di AS sudah menyekat aplikasi itu pada peranti milik kerajaan kerana khuatir kerajaan China menggunakannya untuk menjejak rakyat Amerika dan menapis kandungan.

Kerajaan AS sememangnya kini semakin hampir untuk meluluskan undang-undang yang mengharamkan aplikasi TikTok daripada kesemua peranti kerajaan.

Pengumuman terbaru ini membuktikan AS sangat serius ‘melawan’ TikTok dan akan betul-betul mahu haramkannya pada peranti kerajaan dalam masa terdekat.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY