Setakat Ini, 398 Nama Rakyat Malaysia Akan Dihantar Ke Planet Musytari

NASA sedang menawarkan kepada semua peluang untuk menghantar nama anda untuk menyertai eksplorasi perjalanan sejauh 1.8 bilion batu (2,896,819,200km) menuju ke planet Musytari tahun depan.

Menerusi Kempen "Mesej dalam Botol", NASA menjemput orang ramai untuk menyerahkan nama mereka kepada NASA sebelum 11:59 malam, 31 Disember 2023.

Nama-nama yang diterima itu akan diukir pada cip mikro bersebelahan dengan puisi bertajuk "In Praise of Mystery: A Poem for Europa" yang ditulis oleh Penyair A.S. Ada Limón.

Setelah siap, cip itu akan dimuatkan ke dalam kapal angkasa Europa Clipper NASA yang dijadualkan untuk dilancarkan pada Oktober 2024 nanti.

Kapal angkasa itu hanya dijangka akan sampai ke Musytari pada April 2023.

Misi utama Europa Clipper adalah untuk menyiasat sama ada bulan Jupiter iaitu Europa mempunyai potensi untuk menyokong kehidupan.

Ahli Astrobiologi - saintis yang mengkaji asal usul, evolusi dan masa depan kehidupan di alam semesta percaya bahawa Europa mempunyai air yang banyak dan unsur kimia yang betul.

Setakat ini, 301,985 peserta dari seluruh dunia telah pun mendaftar untuk kempen ini termasuklah 398 orang rakyat Malaysia.

Anda boleh turut sama mendaftar dalam kempen NASA ini di laman rasmi Europa Clipper.

{suggest}

Sumber: NASA, Solar System